hampir
2 purnama lamanya aku mengundur diri dari dunia fb.pelbagai soalan
diaju oleh rakan-rakan kenapa aku menyahaktif akaun fb secara tiba-tiba?
dari satu sisi , tak sangka pula reaksi dari rakan-rakan, ingatkan tak
ada orang sedar pun.
cubaan menyepi dan menenangkan diri dari
beberapa persolan hati. persoalan-persoalan yang mungkin aku sendiri
memilih untuk tidak mengetahui jawapannya. bagi aku,
ada sesetengah simpulan perlu dibiarkan sebegitu sahaja tanpa perlu
cuba untuk dihuraikan. lebih baik begitu. sedikit 'pessimist' mungkin.
kecewa. ya jujur aku kecewa namun tiada apa yang perlu disesalkan.
setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. kita semuanya
sentiasa mahukan yang terbaik namun Dia lebih tahu apa yang terbaik
untuk hambaNya. pancaindera kita yang lemah seringkali mengelirukan
kita dalam menafsir isyarat-isyarat dari sekitar.
pembayang.
kejayaan seorang lelaki pasti ada dia disebaliknya. begitu juga dengan
kejatuhan seorang lelaki, juga pasti ada dia. selalunya begitulah,
mengikut apa yang bisa kita teladani dari pelbagai kisah dari lipatan
sejarah.
tepat. benar sungguh telahan kamu. sepuluh markah
untuk semua yang meneka dengan tepat. oh, sabar nanti dahulu jangan
terlalu mudah membuat kesimpulan awal. ini bukan kisah sang arjuna yang
kecundang dalam mengejar cintanya.
manakan bisa seorang
pendekar tewas sebelum kaki melangkah masuk ke gelanggang arena? segala
jurus masih belum dipamer. segala mentera masih masih belum dilafaz.
segala petua masih belum diuji. sekadar mengerling dari tepian
gelanggang.ah, tapi tiada apa yang mustahil bukan? hakikatnya, bunga
langkah tari masih sumbang. kuda-kuda masih goyah. hanya gah lagak gaya
namun hakikatnya.... hanya aku , tuhan dan mungkin juga empunya diri
yang tahu duduk letak perkara yang tersurat dan tersirat.laksana
beberapa ketulan batu di dalam tin kosong. melenting-lenting bunyinya
tapi tidak berguna.
bila menyebut hal berkaitan kependekaran,
teringat aku tentang kisah antara hang tuah dan gusti putri retno
dumilah. sungguh kisah picisan ini tidak sehebat dan serumit legenda
kisah diantara mereka.tersepit antara perbezaan darjat,kesetiaan kepada
sultan, keselamatan rakyat jelata, kestabilan politik dan beberapa hal
lain. sementelahan , kisah aku ini tidak pernah bermula pun barangkali.
justeru itu masakan ianya mampu menjadi satu lagi kisah legenda.
ironi. bukan sekali dua orang mencari aku untuk meluah rasa soal
hati,cinta dan hubungan.entah atas sebab apa mereka memberi kepercayaan
untuk berkongsi masalah , meminjam telinga (bahu?) dan meminta pandangan
perspektif berbeza dari aku. sedikit sebanyak aku cuba untuk membantu
sekadar termampu. benar kata orang , sungguh bicara itu lebih mudah dari
kita sendiri untuk mengotakannya. tak ternasihat diri sendiri rupanya.
berubah.waktu berubah.manusia berubah.perasaan berubah.namun itu tidak
bermakna perasaan unik nan misteri yang pernah hadir itu adalah dusta
atau tidak wujud sama sekali.sudah tiba masanya untuk bergerak terus ke
hadapan. melangkah sebagai penakut? hahaha mungkin. berlalu pergi
bersama segala memori dan hikmah yang sempat dipelajari. berlalu pergi
itu tidak bermakna harus melupakan segalanya.ringkasnya, bila usia
semakin menginjak dewasa, definisi yang kita pegang dan percaya mungkin
telah berevolusi menjadi sesuatu yang berbeza. definisi yang lebih
positif dan segar atau sebaliknya????
penakut.Bukan sengaja
aku merahsiakan soal hati.Tapi curiga kau akan tersalah sangka Kerana
kita rasa bangga bila dipuja Dan rasa keji bila dihina.ini bukannya teka
teki gurauan hati.Cuma sekadar ingin melindung kasih yang
tersembunyi.Ini kerana bukan mudah untuk mencari kasih abadi.
Dalam terang juga ia mungkin bersembunyi.
jujur.pantaskah diri ini ingin mengharapkan sesuatu yang lebih dari
hanya sekedar perhatian? dari dirimu yang kau mungkin anggap cuma biasa
sahaja.
atau mestikah aku simpan dalam diri lalu kuendapkan rasa ini
terus selama-lamanya? diriku cinta dirimu...dan hanya itulah mungkin
satu perkara yang mungkin aku tak jujur kepada kau.
sisi
lain.bagaimana jika semua ini hanyalah ibarat fatamorgana membentuk
ilusi oasis di tengah padang pasir. mengaburi deria sang pengembara.
kringgg!!! penggera di telefon bimbit menyalak garang menandakan waktu
sudah masuk jam 0610. perlu segera untuk bangkit dan menunaikan
kewajipan pada yang Esa. hati-hati dengan butang 'snooze' itu,
seringkali kita tertipu dengan virus '5 minit lagi'. ah, berbalik pada
soal mimpi, ianya mungkin sahaja umpama mimpi dalam mimpi. aku pun
terjaga dari mimpi yang panjang dan selang beberapa ketika aku mungkin
sahaja akan terlupa akan butiran-butiran mimpi tadi.
hikmah.aku mungkin merasakan yang si dia ialah 'she is the one'. tapi
mungkin sahaja aku bukan 'he is the one' untuk si dia. justeru itu
mungkin sukar untuk mencapai keseimbangan. manusia hanya merancang
tetapi Sang Khalik jua sebaik-baik perancang.mungkin sahaja aku belum
siap untuk mempertahankan apa yang mungkin aku miliki.
terima
kasih dan maaf.terima kasih di atas segala apa yang dapat aku pelajari
dari semua ini.maaf atas semua salah faham yang mungkin pernah
hadir.maaf juga atas keterbatasan madah bicara dalam mengekperesi apa
yang terbuku di hati hingga mungkin menimbulkan sebarang salah faham
yang pernah<atau yang mungkin akan> hadir.
p/s: for the
rest of my fb friends, sorry for making you read this crap of mine.it is
irony isn't? ashyraf talks about his quite personal matters where he
always remind his friends and himself not to talk about too personal
matters in social media. a lot of people may have read and listen but
not necessarily that they will understand it. thus, it might become a
fitnah to yourself in future. Some people might also use the related
information as your weakness. wallahuallam.
p/s/s: mohon izin
laluan untuk post yang tak berapa nak matang ini. insyaAllah , bukan
niat nak berdrama bagai. kalau ada yang rasa kurang sesuai, just pm me, I
will delete this post ASAP.
No comments:
Post a Comment