salam 2015.
udara pagi yang dihirup masih sama seperti semalam.
masih lagi 78% nitrogen, 21% oksigen, dan 1% wap air, karbon dioksida, dan gas-gas nadir
adakah kita sudah bersedia dengan perancangan kewangan kita pada tahun ini?
alhamdulillah, untuk tahun ini aku ada merangka pelan kewangan aku setelah melakukan beberapa perubahan dari tahun sebelumnya.
insyaAllah akan cuba untuk istiqamah dan disiplin dengan perancangannya.
perancangan kewangan adalah sangat penting untuk kita mengawal aliran tunai kita.
aku percaya bahawa anda semua mempunyai perancangan kewangan peribadi yang jauh lebih baik dari aku. tetapi aku sekadar ingin berkongsi serba sedikit apa yang aku rancangkan. siapa tahu ianya boleh menarik perhatian mereka yang belum lagi membuat sebarang perancangan kewangan peribadi. mungkin mereka boleh membuat sebarang penambahbaikkan untuk disesuaikan dengan keperluan dan kebolehupayaan ekonomi mereka.
untuk perancangan kewangan ini aku bahagikan kepada 5 bahagian utama:-
a) simpanan (50%)
b) perbelanjaan umum (25%)
c) networking dan charity (12.5%)
d) penambahan ilmu (7.5%)
e) peruntukan untuk melancong (5%)
1)simpanan (50%)
untuk simpanan aku bahagikan pula kepada beberapa bahagian:-
a) dana kecemasan
-kita sepatutnya ada simpanan dana kecemasan sekurang-kurangnya menyamai 6 bulan gaji semasa. andai kata berlaku perkara seperti kehilangan kerja, kita akan mempunyai dana yang cukup untuk menangung perbelanjaan semasa dalam tempoh mencari kerja baharu. mengikut statistik, tempoh 6 bulan adalah purata tempoh untuk kita mendapatkan pekerjaan semula. selain itu dana ini boleh digunakan untuk perkara di luar jangka yang lain.
b) unit amanah
- terdapat pelbagai firma kewangan yang menjual unit amanah. pilih sahaja yang mana prospektusnya berkenan di hati. yang penting ianya patuh syariah. pastikan juga kita membaca prospektusnya dengan teliti sebelum membuat sebarang pelaburan. selain itu, prospektus itu juga perlu memenuhi keperluan kita.jangka masa panjang,pendek,sederhana,r
c) akaun simpanan di bank
walaupun dividen simpanan di bank sebenarnya tidak berbaloi, tetapi kita masih perlukannya untuk urusan harian. almaklum, tahap kecairannya adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa yang kita laburkan di tempat lain. simpan seadanya di akaun simpanan biasa.
d) emas fizikal.
sebab aku bukan gaji besar mana, jadi aku hanya mampu peruntukkan untuk membeli 1gram sahaja untuk simpanan masa hadapan. insyaAllah, simpanan dalam bentuk emas tidak akan susut nilainya. boleh juga dibuat hantaran dan emas kahwin nanti tak gitu .
e) insuran/takaful
buat masa ini aku hanya ada insuran. insyaAllah aku akan ambil takaful dalam tahun ini. senang ambil takaful, lebih terjamin kepatuhan syariahnya. tembahan pula, pada masa akan datang kos perubatan akan semakin meningkat ditambah pula dengan cara hidup dan persekitaran yang kurang sihat ini mampu mengundang pelbagai penyakit bila usia semakin bertambah. sediakan payung sebelum hujan.
2) perbelanjaan umum(25%)
jika kau lihat peratusan perbelanjaan umum aku, kau mungkin rasa jumlahnya macam terlalu sedikit aku peruntukkan. ini kerana aku dapat kurangkan kos sebab aku masih lagi tinggal bersama keluarga, masih lagi menggunakan pengangkutan awam dan juga waktu makan tengah hari aku dibiayai oleh syarikat. dekat sini sebenarnya aku dah jimat banyak.
cuma perlu membayar beberapa perkara sahaja:-
a) utilities
b) makan minum <kadang-kadang teringin juga makan di luar>
c) hiburan
hiburan tu perlu hahaha. tapi biar berpada dan seadanya. tambahan pula aku kan kaki wayang. sekali sekala bolehlah.
d) kwsp/socso/zakat dan lain-lain<duit hutang kereta aku tak ada lagi, kereta pun orang bagi alhamdulillah>
3) peruntukan untuk menambah ilmu
a) beli buku
-setiap bulan aku pastikan akan membeli buku<cuba habiskan membaca juga> tidak kiralah buku jenis apa pun termasuk majalah-majalah seperti solusi. cuma majalah ni aku kurang sedikit. mungkin ada sesetengah buku yang aku tak sempat nak habis baca tetapi insyaAllah ianya akan menjadi aset kepada anak cucu aku.
b) peruntukan untuk menghadiri seminar berbayar
kadang-kadang tak semua perkara kita boleh belajar dari buku. ada ketika kita perlukan bantuan dan tunjuk ajar dari pakar. jadi jangan kedekaut untuk peruntukkkan duit untuk belajar sesuatu yang baru. alah! bill astro kita tak kisah pun bayar setiap bulan, tak kan pula nak pergi seminar kita berkira. jadi aku target untuk pergi 2 atau 3 seminar dalam masa setahun . kalau kau kumpul sebulan rm50-rm70 pun kira cantik dah. dalam beberapa bulan simpan kau dah boleh dah pergi seminar macam kursus hartanah ke kan
4) networking dan charity
a) bagi duit kat ibu ayah
-yang ini tidak perlu ulas panjang pun rasanya semua orang faham. err,,, kau rasa aku peruntukkan sikit sangat ke? huhuhu mak ayah aku faham keadaan anak mereka ini. gaji mereka jauh lebih banyak. tetapi percayalah duit pendapatan kita akan jadi lebih berkat kalau kita peruntukkan sedikit untuk mereka.
b) belanja kawan-kawan makan
-ini sebenarnya penting untuk kita bina networking dan kukuhkan ukhuwah yang sedia ada. tetapi sayang lah jika sambil makan itu kita hanya sembang-sembang kosong. pastikan kita saling berkongsi ilmu dan pengetahuan sepanjang kita duduk makan tu. banyak benda kita boleh korek masa ini. kau percaya tak kalau aku kata idea tertubuhnya airasia itu asalnya dari sebuah semabng-sembang dekat kedai mamak?
c) sedekah/waqaf/infaq
albaqarah ayat 261. Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
insyaAllah, Allah akan lebih murahkan rezeki kita.
5) peruntukkan untuk melancong.
jauh perjalanan luas pemandangan. insyaAllah pasti kita akan belajar banyak perkara baru dari sebuah perjalanan/melancong. tetapi sedikit rugi lah jika kita hanya guna duit itu hanya untuk membeli belah dan tinggal di hotel mewah. lebih baik digunakan untuk mencuba pelbagai perkara baru dan pergi ke merata tempat.
sekian perkongsian dari aku.
doakan aku berjaya istiqamah dan disiplin.
hahaha aku selalu mudah terpedaya dengan YES. year end sales hahaha kopak...kopak... tertipu dengan ilusi potongan harga hahaha
jika anda anda ada cadangan penambahbaikan mungkin boleh berkongsi.
p/s: ada ke orang yang baca posting aku ni sampai habis?