Tuesday, February 25, 2014

riba dan kebebasan kewangan

satu penulisan yang sangat mantap isinya berkenaan riba, kebebasan kewangan, peranan intitusi yang telah tiada dan banyak lagi.

jemput untuk baca dan sama-sama kita cuba gali dan ambil pengajarannya. penulisan ini tidak hanya untuk bacaan mereka yang mempunyai asas dalam ekonomi atau bekerja di lapangan yang berkaitan tetapi ianya adalah panduan untuk kita semua.

insyaAllah , semoga ada manfaatnya buat kita semua.

kadang-kadang aku cemburu dengan orang yang hidup pada zaman atuk nenek dan moyang kita dahulu di mana mereka mampu membeli tanah ,membina rumah, berkahwin dan membesarkan anak-anak tanpa perlu berhutang.

ya , sebuah kehidupan kampung yang sederhana. ada bela ayam,itik dan angsa. bercucuk tanam di belakang rumah. ada kebun sendiri. pokok pangkalnya dengan hanya sedikit wang kita sudah mampu untuk hidup bahagia. tak cukup duit kertas? insyaAllah tak akan mati kelaparan sebab keliling rumah dikelilingi sumber makanan termasuk sumber air dari telaga atau sungai.

apakah punca kebanyakkan masalah kewangan pada hari ini berpunca daripada kita sehari-hari disogok dengan 'kemahuan' untuk memiliki barangan yang mungkin bukan keperluan untuk kita tampak lebih moden?

pendapatan RM 10,000 sebulan tetapi kalau nafsu RM 20,000 sebulan , tak akan cukup juga pendapatan. bak kata pepatah melayu lagi besar periuk lagi banyaklah keraknya.

insyaAllah, aku sedang dalam proses mencari pekerjaan dan telah pun menghadiri beberapa temuduga<mungkin agak lambat bagi orang seusia aku :P> , jadi perancangan kewangan sejak daripada gaji pertama nanti merupakan hal yang penting. cara pengagihan pendapatan dan disiplin harus mula dipupuk dari gaji pertama lagi.

p/s: memang ada perancangan untuk membeli kereta terpakai secara tunai. tetapi masih lagi terfikir cara untuk membeli rumah secara tunai. nak beli rumah secara tunai itu mungkin agak sukar. kecualilah kita mengaplikasikan pendekatan orang-orang tua dahulu di mana mereka mampu membuat rumah dan membesarkannya mengikut kemampuan dan keperluan semasa. apa pun pak cik aku dah berjaya buktikan untuk membina sebuah banglo secara tunai. hahaha pelan lukis sendiri , barang-barang beli sendiri, cuma ambil upah kontraktor untuk bina. dan semua barang yang dibelinya cukup-cukup, tak lebih dan tak kurang. arkitek??? huhuhu tak lah cuma seorang cikgu matematik tambahan di sebuah kampung.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
KONSPIRASI TERBESAR EKONOMI DUNIA YANG MENGHANCURKAN SOSIAL DAN KEMANUSIAAN. (artikel asal dari FB warga prihatin)

Darah kita meluap, hati kita dihembus dengan haba emosi untuk BERJIHAD dengan nyawa. Bertumpah darah juga kita sanggup demi mempertahankan Islam yang diratah dan diserang di sebahagian ruang dunia kononnya itulah SENJATA KEMUSNAHAN Yahudi kepada orang Islam. TETAPI kita lupa, Nabi telah peringatkan kita tentang SENJATA TERBESAR dalam konspirasi ekonomi yang memusnahkan Islam secara total dan menjadi hamba "mereka" selama-lamanya. Baca terus dan anda akan hayatinya. Mengapa ramai yang sanggup mahu syahid bermandi darah sedangkan jihad yang lebih besar melawan riba kita kesampingkan sahaja seolah-olah ia enteng. Tidaklah enteng jika nabi memberi amran khusus untuk mengharamkan riba pada khutbah terakhir baginda.

Hari ini kita mampu untuk beli sebuah rumah RM500,000 hanya dengan pinjaman. Kita ukur kemampuan kita bergaji RM5,000 sebulan dengan pembayaran bulanan. Lalu kita nampak kita mampu menanggung hutang itu. Lalu kita bayarlah rumah itu untuk tempoh 40 tahun. Setelah 40 tahun, jumlah bayaran yang kita langsaikan ialah RM1,500,000. RM1 Juta ialah faedah yang diambil oleh bank itu sendiri.

Sistem riba menjadikan barang jadi mahal. Ini kerana kos tambahan dari sistem riba dalam seluruh rantaian sistem produksi juga sebab pertambahan demand akibat keghairahan NAFSU membeli yang tidak berdasarkan kemampuan saku tapi kemudahan berhutang.

KITA RASA ITU BIASA SAJA BUKAN?

Tahukah kita, jika tiada riba di dalam dunia ini, rumah yang kita beli itu mungkin hanya bernilai RM30,000 SAHAJA. Nanti dulu, gaji kita pula mungkin mampu sampai RM10,000 (pada nilai bukan pada kertasnya).

Kali ini, kami akan mengupas topic “bosan” ini yang jarang orang nak hiraukan sangat. Ramai orang tak tahu pun, riba itu disebut sebagai dosa ke-empat terbesar selepas menyengutukan Allah, sihir dan membunuh. Berzina dengan ibu sendiri juga dosanya tak sebesar dosa riba.

Hari ini, Jabatan Agama Islam menangkap penzina dan dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman TETAPI mengapa riba yang menjadi dosa ke-empat terbesar dalam Islam tidak pula ditangkap. Malah, ia dibiarkan berleluasa di semua peringkat.

Mungkin ada yang mengatakan yang kita sudah tidak riba lagi, dan kita menggunakan SISTEM EKONOMI ISLAM dan sistem perbankkan Islam. Mahulah kami simpulkan, dari pengertian riba yang sebenarnya, bahawa sistem perbankkan Islam juga hanya menukar nama dan memperkenalkan akad tanpa perubahan actual dalam kekejaman kewangan. Hari ini kita pasti akan keliru dengan sistem perbankkan Islam yang menawarkan pinjaman perumahan RM500,000 dan bayar semula RM1,500,000 berbanding konvensional yang sedikit terbuka dengan spekulasi pasaran yang secara purata mungkin lebih rendah dan kadang-kadang (atau jarang-jarang) lebih tinggi dari Islamik.

Sebab itu, perbankkan Islam kini menjadi agenda ekonomi dunia. Kerana ia lebih menguntungkan dari sistem konvensional. Seperti ayam yang disembelih dengan BETUL TEKNIKNYA oleh Ah Seng dan juga ayam yang disembelih oleh Pak Karim yang baca Bismillah. Itu sahaja bezanya. Secara teknikal ia sama cuma secara kulit ia kelihatan Islamik. Malah kadangkala cara sembelihan dan pengurusan karkas Ah Seng mungkin jauh lebih bersih dan sihat pun.

Sebelum ada yang bersilat melatah dan mengeluarkan komen-komen yang buruk tanpa membaca habis artikel ini, mari kami tunjukkan mekanisma bagaimana riba ini menghancurkan manusia.


RIBA IALAH AGENDA PENJAJAHAN & PERHAMBAAN MODEN

Hari ini, seorang bayi yang dilahirkan telah tertulis hutang piutangnya. Seorang lelaki dewasa yang dikatakan MERDEKA telahpun berhadapan dengan hutang pelajaran, kad kredit dan hutang kenderaan motor. Berapa ramaikah yang masih bebas dari riba? Adakah lagi? Jika mahu ditanggap oleh Jabatan Agama Islam kerana melakukan riba, pastinya tak cukup penjara nak disumbatkan pesalah-pesalahnya.

PENJELASAN SECARA TEKNIKAL

Hari ini, kita berbelanja bukan mengikut kemampuan saku tetapi kita berbelanja mengikut kemampuan kita mampu bayar sebelum kita MATI. Natijahnya, seorang lelaki biasa akan mula komited dengan hutang-hutang mereka seperti hutang kereta (9 tahun atau selama-lamanya kerana sentiasa akan beli kereta baru), hutang rumah pula (40 tahun / sampai mati), hutang kahwin (5-10 tahun), Hutang belajar (5-15 tahun) dan hutang kad kredit.

Semua ini membuatkan KITA MENJADI ORANG TERJAJAH dan bukannya orang merdeka. Kita tak mungkin mampu untuk berlepas diri dari segala kekangan hutang itu sehingga kita terpaksa bekerja SELAMA-LAMANYA untuk membayar hutang yang kita mulakan pada usia kita 20-an.

Lihat sini dengan tenang. Jika tanpa riba, kita bergaji RM3,000 dan kita mampu berkereta bernilai RM10,000 sahaja. Pengeluar kereta juga akan mengeluarkan kereta pada pasaran mampu dengan kadaran RM10,000 sebuah kereta. Maka kita akan menabung ATAU BERKONGSI wang untuk sampai RM10,000 dan pergi ke kedai untuk beli, bayar dan bawa pulang dengan senang hati.

Insuran pun memadai dengan THIRD PARTY sahaja. INSURANCE FIRST PARTY tidak jadi wajib melainkan atas kesedaran pemilik untuk insurankan kereta mereka. Apabila insuran tidak wajib, maka ia satu pilihan yang mampu kita pilih dan insuran juga akan jadi rendah premiumnya kerana kita ada pilihan. Tidak seperti sekarang, insuran FIRST PARTY jadi wajib maka berapa sahaja mereka nilaikan… kita wajib bayar tanpa banyak soal. Itu juga cabang riba, satu perniagaan secara paksa, menindas dan mengambil untung berlebihan.

Pada kes itu, kita akan berbelanja mengikut kemampuan saku. TETAPI apabila riba diperkenalkan, maka kita yang bergaji RM3,000 MAMPU MEMBAYAR KEMBALI PINJAMAN SEHINGGA RM50,000. Maka penjual kereta juga bertindak mengikut situasi pasaran yang orang sudah mampu memiliki kereta bernilai RM50,000. Maka harga kereta juga akan jadi sebanyak itu.

Itu tidak termasuk perlaksanaan riba dalam semua lapisan. Sebutir skrew di sebuah kereta yang sepatutnya bernilai RM10,000 itu juga dikilangkan oleh sebuah kilang yang MEMINJAM BANK untuk modal pengeluaran mereka. Lalu, kos riba itu ditanggung secara efek domino dalam keseluruhan rangkaian bekalan. Pengilang enjin pula akan beli skrew dan nut dari kilang itu secara hutang. Dan hutang itu juga ada kos nya. Walaupun tidak dinyatakan dalam bentuk peratusan, logiknya jika bekalan kita BELI TUNAI pasti dapat diskaun lagi. Sebenarnya ia bukan diskaun tetapi itulah harga sebenar. Jika debeli secara hutang atau ‘consignment’ ia akan jadi tinggi sedikit harganya. Itu juga berlaku riba.

Tak termasuk lagi kes kilang enjin itu yang terpaksa meminjam bank juga untuk mengilang engin. Kalau nak dalami lagi, cuba gali sampai ke lombong besi yang menggali besi untuk dibuat skrew tadi. Riba berlaku dalam segala lapisan dan kosnya akan terus dibawa ke hadapan.

jelas sekali riba berlarutan dalam semua rangkaian bekalan. Maka, kereta yang sepatutnya berharga RM10,000 dengan kos pembuatan RM7,000 akan meningkat kos pembuatannya menjadi RM30,000 dan dijual pula pada harga katalah RM50,000 mengikut KADAR KEMAMPUAN PASARAN MEMBUAT PINJAMAN, bukan berdasarkan kos pembuatan sebenar.

Kerana tiada pilihan, kerana riba sudah menjadi SISTEM EKONOMI, maka kita terpaksa memakan riba itu juga. Sedangkan, Allah sudah katakana bahawa pemberi dan penerima riba kedua-duanya sama sahaja.


PESANAN LARANGAN RIBA ADALAH PESANAN TERAKHIR NABI

Dalam khutbah wida, Nabi telah menyatakan larangan riba secara spesifik. Tidak pula ada larangan dosa-dosa lain seperti makan babi, minum arak atau yang lain-lain lagi. Tetapi RIBA itu nabi sebut secara spesifik. Jika ia tidak penting, pasti Nabi juga tidak menyatakannya pada khutbah baginda di Arafah semasa Haji Wida baginda.

Nabi tahu, riba ialah senjata pemusnah SENYAP. Ia telahpun diamalkan oleh orang Yahudi sendiri dalam proses urusniaga jahilliyah sedangkan ia adalah larangan Allah yang dinyatakan dalam semua kitab-kitab Allah dari Taurat sampai kepada Al-Quran. Hatta, pengharaman riba berlaku dalam Agama Kristian pada Era Medieval tetapi mengapa kini kita sudah tidak merasakan riba itu tidak berdosa sepertimana zina?

Jika kita katakana kita tiada pilihan? Nanti bakal ada yang katakan, mereka yang berzina juga tiada pilihan kerana perkahwinan menjadi semakin sulit? Dosa riba lebih besar dari zina. Perkahwinan pula untuk mengelakkan zina, tapi berapa ramai pula yang terpaksa ambil loan dengan riba untuk berkahwin?


MEKANISMA KEMUSNAHAN SENYAP

Hari ini, kita yang kononnya merdeka dan menikahkan anak gadis kita sendiri sebagai walinya telah hilang KEMERDEKAAN yang menjadi salah satu syarat sah seorang wali. Bagaimanakah kita ini? Kita belum merdeka dari hutang. Kita sentiasa rasa kita tak boleh nak mati hari ini kerana kita masih ada hutang yang tidak mahu kita wariskan kepada anak-anak dan isteri kita nanti. Maka kita sudah jadi manusia yang tidak sedia untuk dipanggil Allah. Langsung, kita menjadi manusia yang tidak rindukan Allah.

Hari-hari kita akan bangkit untuk bekerja dari pagi sampai ke malam JUGA UNTUK BAYAR HUTANG. Kita kata kita CINTA ALLAH tetapi sehari kita hanya beri Allah 25 minit sahaja (5 minit untuk setiap waktu). Mungkin ada yang rajin sikit, mereka berikan 1 jam sehari untuk Allah. Sedangkan baki masa itu digunakan untuk mengejar wang ringgit untuk membayar hutang kepada TUAN kita.

Bukankah itu sama seperti seorang hamba? Berapa ramai antara kita yang belumpun gaji masuk ke akaun tetapi telah ada bahagian orang lain dari pendapatan itu. Hutang rumah, hutang kereta, hutang kahwin, hutang ceti, hutang kad kredit, hutang belajar dan macam-macam lagi.

Adakah masa untuk kita bangunkan ummah?
Bilakah masa untuk kita perkasakan Islam?
Adakah lagi baki masa untuk kita melaksanakan sunnah?

Ataupun kita hanya panggil bersolat di masjid dan surau sehari semalam sebagai wacana pembangunan umat? Bilakah solat berjemaah kita itu mampu untuk menjadi satu disiplin aktual gerak kerja yang memajukan Islam atau hanya sekadar ritual tanpa perlaksanaan? Mengapa pula masjid kini berkunci pada bukan waktu solat? Mengapa masjid Nabi dan masjid komuniti sekitar Madinah dahulu bukan sekadar tempat solat?

Di masjid sekarang ini, mengapa hanya cantik tetapi sekadar menjadi lapangan solat? Di mana perekonomian? Di mana baitulmal? Di mana fungsi social? Di mana fungsi pembinaan umat? Di mana fungsi pembangunan keluarga? Di mana segala fungsi masjid yang dahulu ada dalam masjid nabi tetapi hari ini masjid hanya jadi pusat solat. Jika tidak dikunci malam hari akan jadi pusat zina bagi mereka yang nak cari port selamat melampias nafsu.

Semua berada dalam hutang dengan kadar kemampuan PALSU. Mereka tak seluk saku untuk lihat kemampuan tetapi menjengah PUSAT RIBA berapakah mereka layak untuk berhutang.

Golongan BERHUTANG adalah salah satu dari golongan ASNAF menurut Al-Quran dan layak menerima zakat. Jika dikira begitu, hari ini kita kebanyakannya di Malaysia ini adalah golongan ASNAF. Jika apa yang terjadi pada kita hari ini adalah yang haq, maka kita akan menzalimi baitulmal yang terpaksa memberikan kita bantuan zakatnya? Siapa pula nak membayar zakat jika semuanya adalah PENGHUTANG?

Ataupun, pada zaman Nabi dahulu tiada orang berhutang. Jika adapun yang berhutang itu adalah golongan yang sangat terdesak dan mereka berhutang kerana mereka lapar dan keputusan makanan mungkin. Inilah orang yang layak menerima pembelaan baitulmal dan tergolong dalam 8 kategori asnaf.

HALUSNYA KONSPIRASI MEREKA

Selagi Islam belum pupus, selagi itulah musuh Islam akan terus menghancurkan Islam. Tidakkah kita belajar bagaimana Skim Ekonomi Ponzi yang dilaksanakan oleh USA telah menumbangkan gergasi ekonomi ini? Krisis Ekonomi Sub-Prima yang disebabkan juga oleh hutang-hutang dan riba-riba yang dilaksanakan secara sistemik.

Kita pula, nak ikut model kejatuhan itu. Household Debt (Hutang Isirumah) di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia. Seterusnya, kita tahu apa akan berlaku pada kita nanti.


SOLUSI MELAWAN RIBA

Kami dalam satu komuniti kecil ini telah 90% bebas dari riba. Kami bangunkan model baitulmal kami sendiri dalam komuniti kecil ini. Dan laksanakan wakaf sebagai satu perkongsian pintar yang pewakaf tidak kehilangan haq tetapi bertambah kaya dari segi akses kepada perbendaharaan baitulmal kami. Kami berharap, baitulmal yang ada kini mampu memberikan satu reformasi besar dalam perekonomian.

Hari ini, baitulmal hanya menjadi tempat orang miskin meminta bantuan zakat. Mengapakah itu sahaja fungsinya? Mengapakah tidak seperti yang berlaku pada zaman nabi dahulu yang mana fungsi baitulmal ialah seperti rangkuman fungsi-fungsi berikut (dalam dunia moden)

1. Bank Negara
2. Pemungut Jizyah (cukai)
3. Pusat Zakat dan Infaq
4. Pusat Wakaf
5. Amanah Wasiat
6. National Treasure / Perbendaharaan
7. Kementerian Kewangan
8. Kementerian Pembangunan Usahawan
9. Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa
10. Insuran
11. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
13. Kebajikan Masyarakat
14. Pusat perangkaan ekonomi
15. BANYAAAAAAAKKKKKKK LAGI FUNGSI YANG KINI DITIADAKAN.

Sebab itu, apabila BAITULMAL yang dahulu menjadi satu nukleus kemajuan perekonomian Islam kini tercantas fungsinya menjadi sangat minor dan tidak mampu mengubah apa-apa dan tak mampu membendung riba yang kini menjadi darah daging kita.

Kami telah lakukannya selama 8 tahun. Kami akan bebas dari riba 100% dalam 1-2 tahun lagi. Itupun dari hutang-hutang lama pengasas-pengasas kami yang dilakukan sebelum kami memulakann baitulmal kami sendiri.

Kami tidaklah sekaya baitulmal diluar yang boleh secara terang-terangan mempromosikan pembayaran zakat di saluran mereka. Kami hanya menerima zakat dari kalangan pengasas-pengasas kami yang 20 orang ini dan juga beberapa individu-individu lain yang sanggup menyumbang tanpa kami janjikan dengan pengecualian cukai pendapatan.

Walaupun tidak kaya dari pembayar zakat, kami telahpun menyemai sedikit itu dalam perniagaan dan pendidikan anak-anak kami sehingga perkembangan perniagaan kami mampu untuk seiring dengan keperluan pendidikan anak-anak kami. Dan anak-anak kami yang telah keluar dari Universiti pula mampu kembali dan memajukan lagi perniagaan-perniagaan kami di sini.

MEMANG ADA CARA DAN JALAN KELUAR. MALANGNYA HARI INI,

Berapa ramaikah yang mahu menjengah Al-Quran apabila mereka menghadapi masalah?
Jika ada, berapa ramai pula yang fahami ayatnya?
Berapa ramai pula yang laksanakan penyelesaian yang Allah berikan dalam Al-Quran itu?
Atau kita hanya sekadar mengeluh TANPA ADA USAHA MELAKUKAN ISLAH

Kita jadi seperti anjing yang menyalak-nyalak hingar kerana ada paku di tempat tidurnya TETAPI tidak pula mahu berganjak dari tempat tidur berpaku itu.

Fikirkan semula… kita ini HAMBA TUHAN atau HAMBA TUAN?
Benarkah kita sudah merdeka?

demam.ujian.sabar

waktu demam macam ini teringin pula untuk menikmati aiskrim wall's double dutch . nyum.. nyum...

alhamdulillah, aku jenis manusia yang jarang-jarang sekali demam atau ditimpa lain-lain penyakit kecuali keracunan makanan<suka sangat makan benda pelik-pelik> . jadi bila sesekali diuji dengan penyakit itu terasa juga bebannya. mulalah tubuh badan itu nak mengada-ngada .

tapi, apalah kiranya ujian yang menimpa diri ini jika hendak dibandingkan dengan ujian kesakitan yang pernah diuji kepada nabi Allah Ayub.

dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya Dengan berkata: "Sesungguhnya Aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja Yang lebih Mengasihani daripada Segala (yang lain) Yang Mengasihani". (Surah Al-Anbiyaa: 83)

Sering sahaja apabila kita ditimpa sakit, kita cenderung untuk mencela sakitnya sedangkan sakit itu kafarah, pencuci dosa kecil dan dosa besar. Ketika sakit, kita dituntut menjaga adab dan akhlak kepada Allah kerana Allah yang menurunkan sakit, Allah menguji kita dengan sakit.

err.... astagfirullah al azim, macam ada mengomel-ngomel juga semalam.

“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”. (HR. Bukhari no. 5641).

sesungguhnya tingkat sabar yang tinggi ialah sabar di awal permulaan musibah

Friday, February 14, 2014

rahsia dalam rahsia

aku punya rahsia.
kau punya rahsia.
dia punya rahsia.
mereka punya rahsia.
semua kita punya rahsia.

aku mahu kongsi satu rahsia sama kamu.

ya, sama kamu.
tapi kamu harus janji.
ini cuma antara aku sama kamu.
apa kamu bisa berjanji?

rahsianya.......
<
<
<
<
<
<
rahsianya ialah

"rahsia tidak akan menjadi rahsia bila mana kamu mengatakan ini ialah rahsia, jangan ceritakan pada orang lain. kamu hanya akan membuat seseorang lebih teruja untuk menceritakan rahsia kamu kepada orang lain" 

14 februari dan ujian buat diri.

Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Untuk gadis pilihan oh.. di bulan Februari
Mulanya cinta bersemi dan kehadiran
Ribuan mimpi-mimpi oh di bulan Februari

sekuntum mawar merah sebuah puisi,alleycat.

14 februari 2014.
terima kasih kepada media cetak dan elektronik yang tidak mempromosikan sambutan ini dikalangan masyarakat yang umumnya beragama islam.

dan ya satu lagi, cukuplah sekadar mengingatkan sesama islam agar tidak menyambut perayaan ini dan tidak pula sampai kepada mengina kepercayaan penganut agama lain. itukan kepercayaan mereka.

“Katakanlah: “Hai orang-orang kafir, (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu bukan penyembah Rabb yang aku sembah. (3) Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, (4) dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Rabb yang aku sembah. (5) Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku”. (6)” (QS. Al Kafirun: 1-6)

"Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku”. (6)

p/s: aku sebenarnya agak gusar untuk menulis tentang isu-isu yang serius kerana sudah pasti aku akan diuji .dan bukan sekali dua aku diuji dengan perkara yang aku muat naik dalam status-status aku. apakah aku mengotakan apa yang aku bicarakan? apakah prinsip aku akan berubah, bilamana cubaan-cubaan didatangkan kepada aku? atau apakah aku akan berkompromi dengan hal-hal<atau orang-orang> tertentu? yup, ada tikanya aku akan tergelincir juga. tapi moga-moga aku tidak menjadikannya sebagai alasan.

tapi pesan guru berpeganglah kepada:

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?<2>Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta♥> surah al-ankaboot, ayat 2 dan 3.

wallahuallam. betulkan jika ada yang salah.

Monday, February 10, 2014

memang seronok mengkritik orang, tapi........

secara umumnya, majoriti daripada kita <termasuk saya juga kot> terlalu cepat melatah bila berhadapan dengan isu-isu berbaur kontroversi. asal ada benda nak kritik kita pun nak kritik. asal tengok orang lain mem'bahan' orang lain, kita pun turut tak ketinggalan untuk mem'bahan' sama. nak ikut 'trending' katanya. sementelahan pula memang seronok bab nak kritik orang ni. boleh jadi king/queen of troll katanya. lagi seronok bila dapat beratus 'likes' dari orang yang membaca status atau komen kita.

------------------------------------------------
"pergh! asal dia pakai baju macam tu? mak bapa tak ajar ke"
"kenapa diorang bercerai? ni mesti kes tak pandai jaga isteri/suami.
"sibuk nak bersumpah guna al-quran, entah-entah baca al-quran pun tajwid banyak tak betul"
-------------------------------------------------

fuhh!!!! panas sungguh kritikan yang mungkin kita lontarkan. pernah tidak kita terfikir, mungkinkah kritikan kita tadi mampu merubah seseorang untuk menjadi Muslim yang lebih baik?..... atau mungkin sahaja mereka akan jadi semakin jauh dari dari jalan yang benar?

empathy. pernah kita cuba meletakkan diri kita dalam situasi mereka? situasi ibu bapa mereka? situasi keluarga mereka? bagaimana jika perkara itu terjadi dikalangan keluarga kita ? atau bahkan pada diri kita sendiri?

mampu tidak kita menghadapi situasi-situasi tersebut dengan positif sedangkan majoriti masyrakat berpadangan negatif kepada kita?

---------------------------------------------
"kenapa dia berpakaian seperti itu? semoga Allah memberikannya hidayah dan kekuatan untuk berubah"
"kenapa mereka bercerai? mungkin jodohnya sampai di situ sahaja. semoga mereka dapat bertemu jodoh yang lebih baik. tak usah kita terlalu masuk campur dengan hal yang tiada kaitan denan kita"
"bersumpah dengan Al-quran? macam mana kita tahu mereka tidak mampu membaca al-quran dengan baik? insyaAllah, kita doakan sahaja agar mereka juga mengambil ibrah<pengajaran> dari pembacaan al-quran itu dan turut mengamalkan dalam kehidupan seharian"
-------------------------------------------------------

peringatan untuk diri saya sendiri, mohon maaf andai ada tutur kata yang mengguris hati. jika ada salah tolong tunjukkan, saya budak baru belajar.

p/s: islamophobia itu tidak hanya berlaku di negara yang minoritinya umat islam, tidak juga hanya berlaku di kalangan orang bukan islam, tetapi juga mungkin berlaku dikalangan orang Islam itu sendiri. ini berlaku lantaran sikap segelintir umat islam itu sendiri yang gagal memahami cara berdakwah dengan hikmah dan agama islam itu sendiri.

wallahuallam

Tuesday, February 4, 2014

di mana silapnya aku?

jam dinding berdetak 10 kali. slot cerekarama di saluran tv swasta itu baru sahaja membuka tirainya. mata ibu tua itu tertancap kemas memandang kemas pada kotak segi empat tepat yang bercahaya itu.

dari tajuk dramanya sahaja, dia sudah berjaya menebak jalan cerita dan bagaimana pengakhiran teledrama itu nanti.kisah tentang remaja dan gejala sosialnya .klise. namun bukan itu yang benar-benar menarik perhatiannya. setelah beberapa ketika matanya menjeling lemah ke arah jam dinding tadi. jam 10.20 pm. satu keluhan berat berat dilepaskannya.

telepon bimbit pantas dicapainya. tet..tet...tet... satu nombor telepon didail."hello..hello...hello..." . panggilan yang dibuatnya tidak bersambut. dicubanya lagi buat sekian kalinya. cuba lagi.cuba lagi. dan lagi buat beberapa kali. namun kali ini langsung tiada talian yang kedengaran. telepon bimbit yang cuba dihubunginya telah dimatikan. dia cuba pula untuk menghantar pesanan ringkas. "mesej tidak dihantar"

hatinya semakin galau. risau terjadi sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anak gadisnya. tidak mustahil paparan realiti yang cuba diadaptasi ke dalam drama yang sedang ditontonnya itu berlaku kepada anak gadisnya sendiri. realiti dan fantasi, tidak mustahil apa yang ada direaliti itu mungkin lebih menakutkan dan diluar jangka daripada apa yang dipersembahkan di alam fantasi layar optik kaca.

sejenak dia terfikir, bertanya pada diri di mana silapnya dia dalam mendidik anak? apa masih kurang kasih sayang yang dicurahkan? apa masih tidak cukup ilmu agama dan adab-adab ketimuran diajarkan? apa dia terlalu memberi kelonggaran? apakah perlu untuk dia mengongkong segala gerak geri dan mengawal siapa teman-teman anaknya?

jika cara dia mendidik yang salah , mengapa anak-anaknya yang lain tidak pula mempunyai masalah yang sebegitu. sedangkan segala apa yang diberi dan dicurahkan tidak jauh bezanya.

apakah ini kafarah yang Allah berikan kepadanya, mungkin atas apa-apa khilafnya yang lalu? apakah ini ujian untuk Allah menguji kesabaran dan ketakwaan hambanya?
sungguh dia sangat memerlukan kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anaknya yang seorang ini.

anak-anak zaman millenia ini, jika terlalu dikongkong juga bukanlah satu cara yang baik. di depan kita mungkin sahaja dia memijak semut pun tidak mati. namun ,bagaimana pula akhlaqnya ketika dia berada jauh di mata? ketika dia sedang melanjutkan pelajarannya di rantau orang?

sungguh kita ini hidup dalam zaman yang penuh dengan fitnah. pernah juga terlintas di mindanya untuk mengambil jalan mudah dengan mengahwinkan anaknya jika ada sesiapa yang datang melamar. tetapi tentu sahaja itu bukan jalan yang baik, sementelahan dia begitu kenal dengan kematangan anaknya yang jauh masih cetek. tidak mungkin dia mampu untuk menghadapai dugaan sebagai isteri. anak-anak zaman ini bukan lagi sepeti zamannya dahulu. masih terlalu banyak urusan rumah tangga yang tidak diketahui mereka. hanya fasih dengan aplikasi-aplikasi gadgetnya.

sekali lagi, di mana silapnya? di mana anaknya ketika ini?

#####################################

anak lelaki atau anak perempuan lebih sukar dijaga?
bagi aku itu soalan yang sangat subjektif. merosakkan dan dirosakkan itu tidak hanya bergantung kepada gender tertentu. masing-masing gender mampu menjadi penyebabnya.

##################################

Nasi lemak buah bidara :
sayang selasih hamba lurutkan; :
Buang emak buang saudara :
kerana kekasih hamba turutkan

dalam hidup kita memang memerlukan cinta, tetapi hidup ini bukanlah hanya untuk bercinta. yang paling penting apa definisi pegangan cinta kamu?

Sunday, February 2, 2014

sebuah pengakuan cinta dari aku

hampir 2 purnama lamanya aku mengundur diri dari dunia fb.pelbagai soalan diaju oleh rakan-rakan kenapa aku menyahaktif akaun fb secara tiba-tiba? dari satu sisi , tak sangka pula reaksi dari rakan-rakan, ingatkan tak ada orang sedar pun.

cubaan menyepi dan menenangkan diri dari beberapa persolan hati. persoalan-persoalan yang mungkin aku sendiri memilih untuk tidak mengetahui jawapannya. bagi aku, ada sesetengah simpulan perlu dibiarkan sebegitu sahaja tanpa perlu cuba untuk dihuraikan. lebih baik begitu. sedikit 'pessimist' mungkin.

kecewa. ya jujur aku kecewa namun tiada apa yang perlu disesalkan. setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. kita semuanya sentiasa mahukan yang terbaik namun Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. pancaindera kita yang lemah seringkali mengelirukan kita dalam menafsir isyarat-isyarat dari sekitar.

pembayang. kejayaan seorang lelaki pasti ada dia disebaliknya. begitu juga dengan kejatuhan seorang lelaki, juga pasti ada dia. selalunya begitulah, mengikut apa yang bisa kita teladani dari pelbagai kisah dari lipatan sejarah.

tepat. benar sungguh telahan kamu. sepuluh markah untuk semua yang meneka dengan tepat. oh, sabar nanti dahulu jangan terlalu mudah membuat kesimpulan awal. ini bukan kisah sang arjuna yang kecundang dalam mengejar cintanya.

manakan bisa seorang pendekar tewas sebelum kaki melangkah masuk ke gelanggang arena? segala jurus masih belum dipamer. segala mentera masih masih belum dilafaz. segala petua masih belum diuji. sekadar mengerling dari tepian gelanggang.ah, tapi tiada apa yang mustahil bukan? hakikatnya, bunga langkah tari masih sumbang. kuda-kuda masih goyah. hanya gah lagak gaya namun hakikatnya.... hanya aku , tuhan dan mungkin juga empunya diri yang tahu duduk letak perkara yang tersurat dan tersirat.laksana beberapa ketulan batu di dalam tin kosong. melenting-lenting bunyinya tapi tidak berguna.

bila menyebut hal berkaitan kependekaran, teringat aku tentang kisah antara hang tuah dan gusti putri retno dumilah. sungguh kisah picisan ini tidak sehebat dan serumit legenda kisah diantara mereka.tersepit antara perbezaan darjat,kesetiaan kepada sultan, keselamatan rakyat jelata, kestabilan politik dan beberapa hal lain. sementelahan , kisah aku ini tidak pernah bermula pun barangkali. justeru itu masakan ianya mampu menjadi satu lagi kisah legenda.

ironi. bukan sekali dua orang mencari aku untuk meluah rasa soal hati,cinta dan hubungan.entah atas sebab apa mereka memberi kepercayaan untuk berkongsi masalah , meminjam telinga (bahu?) dan meminta pandangan perspektif berbeza dari aku. sedikit sebanyak aku cuba untuk membantu sekadar termampu. benar kata orang , sungguh bicara itu lebih mudah dari kita sendiri untuk mengotakannya. tak ternasihat diri sendiri rupanya.

berubah.waktu berubah.manusia berubah.perasaan berubah.namun itu tidak bermakna perasaan unik nan misteri yang pernah hadir itu adalah dusta atau tidak wujud sama sekali.sudah tiba masanya untuk bergerak terus ke hadapan. melangkah sebagai penakut? hahaha mungkin. berlalu pergi bersama segala memori dan hikmah yang sempat dipelajari. berlalu pergi itu tidak bermakna harus melupakan segalanya.ringkasnya, bila usia semakin menginjak dewasa, definisi yang kita pegang dan percaya mungkin telah berevolusi menjadi sesuatu yang berbeza. definisi yang lebih positif dan segar atau sebaliknya????

penakut.Bukan sengaja aku merahsiakan soal hati.Tapi curiga kau akan tersalah sangka Kerana kita rasa bangga bila dipuja Dan rasa keji bila dihina.ini bukannya teka teki gurauan hati.Cuma sekadar ingin melindung kasih yang tersembunyi.Ini kerana bukan mudah untuk mencari kasih abadi.
Dalam terang juga ia mungkin bersembunyi.

jujur.pantaskah diri ini ingin mengharapkan sesuatu yang lebih dari hanya sekedar perhatian? dari dirimu yang kau mungkin anggap cuma biasa sahaja.
atau mestikah aku simpan dalam diri lalu kuendapkan rasa ini terus selama-lamanya? diriku cinta dirimu...dan hanya itulah mungkin satu perkara yang mungkin aku tak jujur kepada kau.

sisi lain.bagaimana jika semua ini hanyalah ibarat fatamorgana membentuk ilusi oasis di tengah padang pasir. mengaburi deria sang pengembara. kringgg!!! penggera di telefon bimbit menyalak garang menandakan waktu sudah masuk jam 0610. perlu segera untuk bangkit dan menunaikan kewajipan pada yang Esa. hati-hati dengan butang 'snooze' itu, seringkali kita tertipu dengan virus '5 minit lagi'. ah, berbalik pada soal mimpi, ianya mungkin sahaja umpama mimpi dalam mimpi. aku pun terjaga dari mimpi yang panjang dan selang beberapa ketika aku mungkin sahaja akan terlupa akan butiran-butiran mimpi tadi.

hikmah.aku mungkin merasakan yang si dia ialah 'she is the one'. tapi mungkin sahaja aku bukan 'he is the one' untuk si dia. justeru itu mungkin sukar untuk mencapai keseimbangan. manusia hanya merancang tetapi Sang Khalik jua sebaik-baik perancang.mungkin sahaja aku belum siap untuk mempertahankan apa yang mungkin aku miliki.

terima kasih dan maaf.terima kasih di atas segala apa yang dapat aku pelajari dari semua ini.maaf atas semua salah faham yang mungkin pernah hadir.maaf juga atas keterbatasan madah bicara dalam mengekperesi apa yang terbuku di hati hingga mungkin menimbulkan sebarang salah faham yang pernah<atau yang mungkin akan> hadir.

p/s: for the rest of my fb friends, sorry for making you read this crap of mine.it is irony isn't? ashyraf talks about his quite personal matters where he always remind his friends and himself not to talk about too personal matters in social media. a lot of people may have read and listen but not necessarily that they will understand it. thus, it might become a fitnah to yourself in future. Some people might also use the related information as your weakness. wallahuallam.

p/s/s: mohon izin laluan untuk post yang tak berapa nak matang ini. insyaAllah , bukan niat nak berdrama bagai. kalau ada yang rasa kurang sesuai, just pm me, I will delete this post ASAP.