Sunday, March 30, 2014

otak dan penyataan negatif

the brain is not very good at handling with negative statements. in order not to do something our mind have to come up with a representation of doing it.
example: spend the next 20 seconds NOT thinking about Elvis.
what did you do ?

we gave our mind a representation of the very thing you were trying not to think of Elvis. think how much more difficult it would have been had we included a picture of Elvis on this page.
in order to make sense of the instruction, your brain deletes the word 'not' and creates a representation of what it needs to move away.

this explains why a child will often spill their drink just after they have been told 'don't spill your drink'. saying something like ' be careful with your drink' will helps the child focus on being careful rather than spilling. 'down look down !' is another example of a statement that often has the wrong effect.
-------------------------------------
petikan dari buku 'effective NLP skills', richard youell & christina youell.
apa yang kita boleh belajar dari sini ialah minda kita lebih sukar/tidak suka kepada penyataan negatif. jadi pada kebiasaannya ia akan bertindak untuk mengabaikannya. sebab itu banyak perkara yang dilarang , lagi itulah yang kita nak buat. justeru itu, pemilihan kata yang sesuai dan positif amatlah diperlukan.

ingat lagi pesan guru saya, sebelum kita cerita tentang azab api neraka, kita ceritakan dahulu nikmat yang bakal diperoleh jika kita dikurnia surga. sebelum cerita apa yang tak boleh dilakukan dalam Islam, ceritakan dahulu ada banyak benda yang boleh dilakukan dalam Islam. sebelum cerita apa yang diharamkan, ceritakan dahulu ada lebih banyak perkara yang dihalalkan. secara di bawah sedar ianya akan membentuk lebih motivasi untuk kita jadi lebih baik.

wallahuallam.

Saturday, March 29, 2014

nilai 'A' dari sebuah perperiksaan

sejujurnya.... malam ini aku hampir-hampir menitiskan air mata ketika menonton paparan berita mengenai kecemerlangan adik-adik yang baru sahaja mengambil keputusan perperiksaan spm.

memang tak ada seorang pun yang ada kena mengena dengan aku tetapi yang buat aku sayu dan syahdu ialah wajah-wajah kegembiraan yang jelas terpancar di wajah ibu bapa setiap pelajar tersebut.

ya, ada sedikit rasa hampa lantaran aku tak mampu nak hadiahkan perkara yang sama kepada kedua ibu bapa aku pada ketika itu.

tapi, alhamdulillah kerana Allah berikan peluang itu kepada adik lelaki aku.

dan aku juga bersyukur kerana diterima masuk ke UIA. taman ilmu dan budi yang membuat aku menjadi manusia dan muslim yang lebih baik. torch bearer of the Ummah. insyaAllah. siapa tahu jika keputusan aku adalah jauh lebih baik mungkin sahaja aku menjadi manusia yang kurang elok daripada sekarang. oh ya, sekarang pun masih jauh dari elok. cumanya kita tahu bagaimana untuk kita sentiasa memperbaiki diri ini. insyaAllah.

insyaAllah, tahun hadapan adik bongsu aku pula akan menduduki spm. Semoga Allah berikan kesempatan kepada dia untuk membahagiakan kedua ibu bapa kami. ini kerana aku tahu dia benar-benar layak untuk itu.

antara kami empat adik beradik, dialah yang paling rajin belajar. pada wal tahun dahulu, ibuku telah menasihatkan dia agar mengambil sains tulen dan bukannya bidang agama yang mempunyai bahasa arab. ini kerana ibuku berpendapat, nanti susah nak dapat straight A.

tapi alhamdulillah, adik aku mengikut nasihat aku. teruskan sahaja ambil bahasa arab itu. 'A' atau tidak itu bukan soalnya bagi aku. apa yang lebih penting ialah kita dapat menguasai intipati sesuatu ilmu tersebut. tambahan pula, subjek alquran sunnah dan syariah islamiah merupakan nilai tambah ilmu yang sangat baik disamping mata pelajaran konventional.

rezeki kita ada pada Allah. bukan pada 'A' yang ada di transkrip kita. 'A' yang tertera di selembar kertas itu hanyalah 'bukti' fizikal yang menunjukkan bahawa pemilik selembar kertas itu bijak orangnya. sedangkan, pada hakikatnya... belum tentu lagi.

suka saya berpesan pada diri saya sendiri, jangan berhenti belajar sesuatu yang baharu. dan belajar lah seikhlas mungkin kerana Allah. walau mungkin selembar kertas itu tidak mampu menjadi indikator yang adil buat kita, tetapi yakinlah bahawa ilmu yang kita timba itu akan menjadi sesuatu yang bermanfaat buat agama,bangsa, negara, masyarakat, keluarga dan diri kita sendiri.

tak ada sesiapa yang dilahirkan bodoh, cuma mungkin kita masih tidak tahu apa kepandaian kita dan mungkin juga tidak menghargai kepandaian yang kita miliki.

learn, unlearn, relearn.

To succeed today you must be in a constant state of adaptation – continually unlearning old ‘rules’ and relearning new ones. That requires continually questioning assumptions about how things work, challenging old paradigms, and ‘relearning’ what is now relevant in your job, your industry, your career and your life.

Learning agility is the name of the game. Where the rules are changing fast, your ability to be agile in letting go of old rules and learning new ones is increasingly important. Learning agility is the key to unlocking your change proficiency and succeeding in an uncertain, unpredictable and constantly evolving environment, both personally and professionally.

wallahuallam.

p/s: okay,paling jujur.... sebenarnya tidak patut ada perkataan hampir-hampir dalam perenggan pertama.

anak sulung

tersentuh hati saya sebagai anak sulung. cuma dalam kisah saya, mama yang garang dan abah pula yang agak memanjakan kami adik-beradik. ya, dari saya di lahirkan sehingga saya berumur 10 tahun lebih banyak dibesarkan oleh emak seorang diri kerana abah bertugas di tanjung malim, perak sementara kami anak beranak yang lain duduk menetap di kuala lumpur dan hanya pulang dua minggu sekali<masa tu lebuh raya masih belum ada dan kos perjalanan juga agak tinggi>.

masih segar lagi di ingatan segala jerih perih mama membesarkan kami di tengah-tengah kota metropolitan ini. ketika itu keadaan ekonomi kami sekeluarga bukanlah seperti sekarang, jadi banyak benda yang mungkin sedikit kekurangan dari segi keselesaan hidup. masih terngiang-ngiang kata-kata mama saya, "mama tak mampu nak beri korang semua harta, tapi mama akan sentiasa cuba berikan yang terbaik untuk pelajaran korang" . dan ya, walaupun kami bukan orang senang, mama akan sentiasa memberikan kami pakaian dan keperluan sekolah serta pelajaran yang terbaik yang mampu dia berikan. itu termasuk kos tuisyen aku yang agak mahal di sebuah tempat tuisyen terkenal di tambah lagi kos pembelajaran aku di British counsel . untuk soal belajar mama memang tak akan pernah berkira.

aku berdoa agar aku sentiasa diberikan kesempatan untuk berbakti kepada abah dan mama. walau aku tahu aku bukan seorang anak yang baik. aku ni walaupun jenis yang paling menurut, tetapi aku juga yang paling keras hati antara semua adik-adik aku. bila tiba masa tertentu aku tak bersetuju dengan sesuatu, aku punya memberontak tu, aduhai...... semoga sentiasa dimaafkan atas segala ketelanjuran.

nak berceloteh panjang lagi tetapi nak bertolak dah ke teluk intan pada pagi ini.

18sx.18sg.dan matang.

aku masa zaman bawah umur dulu pun pernah fikir macam ini juga.

18 SX
18 SG
cerita apa ni abang?
Eh, budak- budak tak boleh tengok."
Kenapa bang?

"Hanya untuk orang dewasa ja sebab cerita macamni ada unsur lucah dan ganas. Tak elok untuk budak-budak.
habis apa yang saya boleh tengok?

"ni kalau ada tulis U atau PG13. Tapi kalau PG13 ni kena ada bimbingan ibu bapa. Paham ?"

Paham tapi saya ada satu soalan lagi bang

"Apa dia?"

Kalaulah cerita 18SX dan 18 SG saya tak boleh tengok dan abang boleh tengok. Adakah maksudnya perkara yang haram orang dewasa boleh tengok atas alasan orang dewasa sudah matang? Bukankah kalam tuhan itu lebih matang daripada segalanya. Kalaulah ini menjadi tanda aras masyarakat tentang kematangan seseorang, maka saya pun tak heran mengapa masyarakat kini begitu teruk akhlaknya kerna cap "matang" yang diberikan masyarakat.

" Hmmmm kira abang pun belum matang kalau macam ni".

keadilan buat 529



jika media arus perdana kurang/tidak membuat liputan mengenai isu ini, maka kita selaku netizen inilah yang harus mengambil peranan untuk menyebarkan maklumat mengenai isu tersebut supaya masyarakat lainnya juga turut dapat ikut serta ambilpusing mengenai isu ini dan juga isu-isu lain mengenai saudara kita di belahan dunia yang lainnya.

tapi sebelum menyebarkan sesuatu isu dan berita , haruslah dipastikan bahawa ianya datang dari sumber yang berkredibiliti. dan adalah lebih baik jika kita sendiri telah membuat rujuk silang untuk mempastikannya.

Semoga Allah memberi keadilan buat mereka yang terlibat.

sahabat.kawan.teman

sayu hati selepas membaca sebuah perbualan ringkas daripada sebuah status fb seorang teman. komentar ringkas dan padat tetapi cukup bermakna buat diri.

alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi atas limpah dan kurniaNya kerana dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang insyaAllah ikhlas saling ingat mengingati keranaMu.

semoga sahaja aku juga mampu untuk menjadi sahabat yang baik juga buat mereka. masih segar diingatan, pesan guru , antara golongan yang mendapat perlindungan di bawah arasy ketika di padang masyar nanti ialah dua orang lelaki<sesama perempuan juga termasuk> yang membina persahabatannya kerana Allah.<ada 7 golongan semuanya><hadith asal sudah tidak berapa ingat, tetapi ianya dari riwayat muslim, mohon betulkan jika saya khilaf>

Kebanyakan orang merasa kenikmatan bersahabat dikecapi dengan memperolehi kepentingan–kepentingan tertentu. Oleh itu kita mendapati kadang-kadang demi menjaga tali persahabatan yang terselindung di sebaliknya kepentingan lain, sahabat yang terus bergelumang dengan maksiat dan dosa dibiarkan begitu sahaja .Ada kalanya timbul keadaan dulu kawan sekarang lawan disebabkan kepentingan dirinya telah diraih setelah memerahnya dari sahabatnya. Persahabatan kita sebenarnya sedang diuji oleh Allah.

anda tahu siapa anda.
Semoga Allah merahmati segala perbuatan dan amal baik kita.

kebenaran dan ilmu yang baik juga mampu menjadi fitnah

katakanlah ,kita mungkin tahu sesuatu ilmu atau mungkin juga 'kebenaran'.

'sharing is caring'. 'tabligh' , menyampaikan juga adalah salah satu sifat nabi.

tetapi sebelum kita menyebarkannya, kita juga harus mengambilkira sensitiviti ilmu atau kebenaran itu di samping juga reaksi responden sebelum kita.

walaupun ianya ilmu yang baik atau sesuatu makluman bersifat kebenaran, tak semestinya ianya mampu diterjemah dan diterima dngan baik dan jelas oleh semua responden, ada kemungkinan, ianya mampu menjadi suatu fitnah dan juga disalahgunakan.

sebagai tamsilan,ilmu kimia adalah satu ilmu yang baik, tetapi jika diajarkan kepada orang yang berniat jahat ianya mungkin menyalahgunakannya untuk membuat bom. begitu juga dengan 'kebenaran' yang kompleks. bukan semua khayalak mampu menterjemah seperti apa yang kita maksudkan. tak mustahil, 'kefahaman' sesetengah mereka mampu merubah 'kebenaran' tadi menjadi fitnah.

wallahuallam.

p/s:gajah sama gajah bertingkah, pelanduk kerdil mohon mencelah.

Thursday, March 20, 2014

have you ever wonder???

someone asked me a question. a good one.

"have you ever wonder, where are you right now if you actually finished your degree in engineering instead of changed your course in Business admin?"

hahaha and how I should answer it?

regret??? of course not.

insyaAllah, He might have better plans for me. It is just that I need to keep digging what the plans are. I believe each of us have our own role in this dunya. The only difference is whether we can fulfill that amanah that was given to us or not.

yup, I knew why you asked me such question. It was about my younger brother, right?

Indeed, I can say that he is quite successful with his personal life. But don't compare both of us. Each of us has our own role and responsibility. In fact, I just started my 'life' right? A little bit late compared to him.

wallhuallam.

aku lapar.aku dahaga.suaplah apa sahaja.

dahagakan berita. laparkan informasi.
walau sedahaga mana, walau selapar mana.
bukan semua 'benda' kita boleh telan.
darurat???

hatta dalam darurat sekalipun, masih tidak boleh sapu semua.
takut-takut menjadi mudharat yang lebih parah.
dunia ini tidak terhad hanya kepada warna hitam dan putih.
masih terlalu banyak variasi di dalam kelabu.

lantai penuh debu.
sebelum melangkah harus dibersihkan dahulu.
dalam proses itu, akan ada banyak debu-debu tadi yang akan beterbangan .
mengaburi penglihatan. menyesakkan pernafasan. mengotorkan pakaian.
mungkin sahaja empunya diri berputus asa setengah jalan.
kerja membesihkan debu itu kelihatannya amat rumit sekali.

ah! persetan itu semua.
harung sahaja lantai yang penuh debu itu.
lalu empunyai diri yang mengharung lantai berdebu itu tadi pun menyebarkan pula debu-debu tadi ke tempat yang masih belum berpalit noda.

mampukah kita menyelak tabir di sebalik kata?
merungkai rahsia di sebaliknya....

Friday, March 14, 2014

coretan buat 'ghost protocol' -1

mendambakan tom yam sayur-sayuran.
rindukan juga bayu lembut dari pantai.

merenung keluar jendela.
bayu senja telah pun berpuput.
purnama mula menjelma.
menerangi kegelapan malamku.
juga malammu.

dalam perjalanan banyak persimpangan.
di mana kita sering bertukar arah.
kau lurus ke kiri.
aku tegak ke kanan.
di mana agaknya kita tersilap arah?

apa khabar kamu di sana?
harapan agar semuanya baik-baik sahaja.

p/s: saat waktu hujung minggu. masa untuk diri dan keluarga.

aduhai, dunia makin gila.


aku ingat sindrom 'diorang kenal siapa' 'itu budak-budak aku' 'kau tak tahu berapa besar pengaruh aku' cuma ada di kalangan sesetengah orang yang tak berapa nak matang sahaja.

tapi ternyata aku silap. ada yang jauh benar berusia juga masih ada yang berperangai begitu.
apa kamu berfikir dengan berkata hal-hal yang demikian bakal membuatkan kamu dihormati dan disegani? atau khayalak akan gentar dan tunduk takut kepada kamu?

hahaha sesungguhnya kamu hanya menjadikan diri kamu sendiri sebagai bahan lelucon khayalak.
ya, aku menghormati atas usia kamu yang sudah lanjut. aku juga menghormati kamu atas dasar ilmu dan juga pengalaman yang ada di dada kamu.

tapi sayang, maaf aku tak mampu nak menghormati kamu atas dasar personaliti dan akhlaq kamu. ya, aku tidak menghukum kamu dengan apa-apa status pun, cumanya kata-kata kamu sendiri yang menghukum hal-hal yang kurang enak berkenaan kamu sendiri.

tidak kiralah apa jua status yang kamu atau pengikut kamu yang meletakkan ke atas kamu.

kamu bilang, kami sebagai anak muda yang masih berhingus , usah masuk campur dengan urusan orang-orang tua. tapi seperkara yang kamu mungkin terlupa, umur dan ilmu belum tentu lagi mematangkan peribadi seseorang. kamu itu, seperti kami juga, bukan maksum orangnya. jadi kita ini tidak terlepas dari membuat kesalahan.

atau mugkin ego kamu rasa tercabar dengan teguran anak muda?

wallahullam

Sunday, March 9, 2014

MH370 dan kita semua.

doa lewat bibir dan hati.
dan tidak hanya lewat papan kekunci.
jika tidak tahu duduk perkara yang pasti.
lebih baik diam diri.
usah jadi bahan bakar menyemarak api.

ada sang 'politikus' bobrok mahu menangguk air keruh.
tak kurang juga ada 'agamawan' gila mahu jadi 'tuhan'
sang konspirator amatur juga tak mahu mengalah terus berteori.
tidak dilupa juga kepada bidan terjun menjadi wartawan menyebar berita tanpa usul periksa.

apa kita tergolong dalam golongan di atas?
apa mungkin kita melakukannya di bawah pengaruh minda separuh sedar.

ya, aku tahu kita semua prihatin.
tak salah pun.
malah ia bukti kita ini masih lagi bersifat insani.
dan tidak hanya nafsi nafsi.
tapi matlamat dan niat tidak mampu menghalalkan cara.

empathi.
cuba duduk dalam diri mereka.
lalu cuba untuk memahami.
jika kamu berada di tempat mereka
atau mungkin sebahagian ahli keluarga.
apa kamu senang dengan segala spekulasi?
apa kamu tenang dengan berita-berita tidak pasti?
biar jauhari dengan tugas-tugas mereka
kita doakan sahaja keberhasilannya.
aku pasti mereka telah,sedang dan akan melakukan yang terbaik.

apa pun semuanya disandarkan kembali kepada Sang Pencipta.
kita hanya peminjam amanah sahaja.

Friday, March 7, 2014

sosok figura anwar ibrahim...

aku mungkin bukan penyokong beliau <yang lagi satu tu pun bukan aku sokong juga> tetapi aku mendoakan agar Allah dapat menunjukkan kebenaran yang sebenarnya kepada kita. al maklum, kita sekarang ini hidup di pada akhir zaman di mana fitnah dan haq bercampur baur dan berlapis-lapis. wallahuallam. apa pun takziah buat keluarganya atas ujian ini dan semoga sentiasa tabah menghadapi dugaaan dunia ini.

Doa Ditunjukkan Kebenaran dan Kebatilan.

أَللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ

Ya Allah perlihatkanlah kepada kami yang benar itu benar dan bantulah kami untuk mengikutinya, dan perlihatkanlah kepada kami yang batil adalah batil dan bantulah kami untuk menjauhinya.

Saturday, March 1, 2014

sisi-sisi hitam diri

aku.kau.mereka.kita.

semuanya ada sisi gelap yang tersendiri.
cuma mungkin jika ada bezanya.
cuma aib kita yang dibuka oleh Allah.
atau yang disembunyikannya.
tak terkecuali kita sendiri yang menjaja pekung di dada.
jika masih punya aib yang tersembunyi.
pernah kita muhasabah diri?
kenapa ia masih tersembunyi dari khayalak?
apa hikmahnya?
apa Tuhan sayangkan kita hingga kita masih diberi peluang lagi?
atau mungkin ianya hanya akan membuat kita makin jauh dari jalan-Nya?

bila lihat salah orang usah terlalu cepat membuat konklusi.
apalagi terlalu mudah menghakimi.
kau mungkin tak akan pernah tahu sisi lain hidup mereka.
bukan sedikit mereka yang suka mencemuh.
tapi hakikatnya di balik khayalak.
mereka juga tidak jauh berbeza.
sama sahaja perilakunya.

ya, aku juga ada isu aku sendiri.
masih terus beralasan untuk memperbaiki.
andai kamu bisa tahu sisi lain diri ini.
apa kamu memilih untuk mengerti dan memahami?
atau terus berlalu pergi.
bersama kata nista nan keji.
reaksi kamu menjadi teka-teki.