entah kenapa bila sudah semakin dewasa, aku jadi semakin kurang tegas dengan prinsip-prinsip yang aku aku semat dahulu.
dari satu sisi, memang ada baiknya lantaran ada juga prinsip-prinsip
aku itu agak jumud dan hanya akan menghalang aku untuk terbang lebih
tinggi.
dari sisi yang mungkin agak berbaur negatif, aku jadi semakin mengikut arus dan pendirian juga tidak seteguh dahulu. mudah berbolak balik.
jiwa rebel jika disalurkan kepada jalan yang betul, memang banyak
faedahnya. asal sahaja kita tahu, batas setakat mana rebel kita itu tadi
masih relevan. bukan semua perkara kita patut rebel. apakah perlu untuk
rebel akan semua benda?
sifat fitrah air ialah suci lagi
menyucikan. tetapi jika ia tetap duduk diam di sesuatu tempat untuk satu
jangka masa yang lama, kecenderungan untuk ianya tercemar adalah
tinggi.
air itu perlu bergerak meneruskan rotasi sunnahnya. dengan cara itu sahaja ianya akan kekal suci lagi menyucikan.
begitu jugalah perihalnya dengan kita manusia. jika kita terlalu selesa
dan tidak mahu <baca:takut> melakukan penambahbaikkan kita akan
menjadi statik dan mungkin tercemar.
waktu membesar sebagai
kanak-kanak dan juga remaja, kita sentiasa didorong rasa ingin tahu dan
ingin mencuba yang sangat tinggi.
tapi aneh, bila usia semakin
menginjak dewasa, kita jadi penakut kepada banyak perkara. natijahnya,
kita sentiasa cuba untuk 'bermain selamat' untuk banyak hal.
aku harap dapat pecahkan semula bongkah-bongkah ais itu. bukan harap tetapi mesti.
sedari kecil, aku membesar denagn satu blok pemikiran dalam kepala dan
memori aku. aku bukan biasa-biasa. aku adalah sebahagian dari sesuatu
yang 'besar'. jadi aku harus buktikan yang aku adalah istimewa dan unik
dari orang lain.
p/s: analisis SWOT. kena khatam kan semula.
jangan mudah melenting dengan gelagat dan keletah anak-anak kecil yang turut sama hadir mengimarahkan surau dan masjid kita.
mereka itu masih terlalu naif dan tidak tahu apa-apa lagi pun. bagi mereka, berada di masjid dan surau bersama orang dewasa itu adalah sesuatu yang mengujakan mereka.
marilah kita bersama-sama membantu membentuk tetapan minda mereka sedari kecil tentang kepentingan solat<berjemaah khususnya> dan peranan masjid yang sebenarnya.
dibimbangi, jika kita hanya asyik memarahi mereka, mereka akan membesar dengan tetapan minda bahawa kehadiran mereka ke masjid dan surau adalah tidak dialu-alukan dan mereka akan terus membesar dengan tetapan minda seperti itu.
di sini, ibu bapa yang membawa anak mereka bersama juga harus sama-sama memainkan peranan. terangkan dan didiklah anak mereka berkenaan adab dan akhlaq yang perlu dijaga di masjid dan surau.
InsyaAllah, jika kita berpesan dengan penuh kesabaran insyaAllah mereka akan faham. buat anak yang masih belum mampu untuk bersolat dengan baik, kita pesan untuk mereka berada di saf yang belakang dan menunggu dengan diam.
sekadar cadangan peribadi, mungkin pihak AJK masjid boleh menyediakan pembantu yang mungkin boleh memantau anak-anak kita tadi. kita bantu anak-anak ini untuk belajar menyusun saf dan mendisiplinkan mereka ketika solat.
bagaimana pula dengan anak yang masih bayi. pada pandangan saya, ianya mungkin menggangu jemaah lain jika bayi tadi menangis. mungkin sang ibu lebih baik untuk bersolat di rumah jika tiada yang boleh menjaga bayi tadi di rumah. apa pun ini sekadar pendapat, mungkin juga khilaf dan ada pendapat yang jauh lebih baik.
wallahuallam.
p/s: lately i had a 'vision' that I might become a single parent.fuh! it is tough to raise your children as a single parent. a boy and a girl. May Allah grant enormous strength to all single parent. raise a kid with your spouse is already hard, let alone a single parent.