Friday, July 25, 2014
Perutusan Eid Fitri 1435 Hijrah
<mohon izin walau ramadhan masih lagi berbaki>
InsyaAllah, pagi esok akan bertolak ke Ipoh,Perak.
selepas tahun lepas beraya di kuala lumpur.
tahun kedua juga adik aku beraya di perantauan. jadi masih tidak cukup korum. apa pun masih lagi dapat berhari raya bersama abah dan mama.
ada rezeki sedikit, bolehlah bersedakah duit raya kepada kanak-kanak kecil. kanak-kanak besar rasaya , aku pun segan nak bagi duit raya bersais XS . itu sahaja yang mampu serba sedikit. insyaAllah jika ada rezeki lebih tahun depan bolehlah ditambah peruntukan untuk itu.
bercakap pasal duit raya, aku sebenarnya segan sangat dengan adik aku. sebabnya, pagi hari sebelum dia bertolak semula ke myarmar setelah dua hari di kuala lumpur, boleh pula dia tinggalkan duit raya bersaiz dewasa dekat atas meja aku.
hahaha tercabar ego aku sekejap, macam perli sahaja gaji aku yang kecil berbanding gaji dia yang belipat kali ganda . tapi, insyaAllah adik aku bukan macam itu. walaupun mulut dia 'nakal' sikit tetapi hati dia bukan macam tu. hahaha orang dah bagi duit tu ambil sahaja lah kan
berkenaan hal ramadhan pula, aku sebenarnya terkilan dengan diri sendiri kerana masih lagi tidak memanfaatkan bulan rahmat ini dengan sebaiknya. masih banyak lompong kekurangan. apakah masih punya kesempatan untuk menjadi tetamunya lagi pada tahun hadapan? hanya Allah yang ada jawapanya.
apapun, aku mengingatkan diri aku dan juga teman-teman yang lain agar kita berdoa supaya kita dapat istiqamah amal baik yang kita lakukan disepanjang ramadhan ini ke bulan-bulan lain juga.selain itu, semoga kita juga dapat istiqamah meninggalkan amalan tidak baik yang kita tinggalkan sepanjang ramadhan ini di bulan-bulan lain juga.
kalau tak dapat nak istiqamah semua, harap tak lah tinggal semua.
di kesempatan ini juga saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada semua kenalan FB, baik yang mengenali saya di dunia nyata dan juga yang hanya sekadar bersahabat di fb sahaja. maaf andai ada status dan komentar saya yang mengguris hati dan mengundang salah faham kalian semua.
saya juga ingin berterima kasih di atas semua ilmu,info dan nasihat yang telah saya pelajari dari anda semua. minta halal semua ilmu itu. saya bukanlah jenis orang yang suka melontarkan komentar, tetapi saya sebenarnya membaca, berfikir dan mengambil ibrah dari semua post kalian. bukan apa segan nak komen dekat status orang hebat-hebat seperti anda ditambah pula rata-ratanya kita tidak mengenali secara langsung di alam nyata.
sekian, terima kasih kerana membaca.
Megat Ashyraf Kashakay
p/s: lambat lagi nak raya tetapi terpaksa post awal sebab di kampung belum tentu lagi mendapat capaian internet. tiada niat untuk tidak menghomati ramadhan yang masih lagi berbaki.
Monday, July 14, 2014
ramalan elnino,ramadhan dan syukur
bismillah,
masih ingat lagi beberapa waktu sebelum kita menyambut ramadhan kita diberitakan akan menghadapi fenomena elnino yang teruk dan kemungkinan bekalan air mungkin dicatu berlanjutan sehingga syawal.
alhamdulillah, kita masih lagi menerima hujan dalam kadar yang baik dan cuaca juga tidak terlalu panas. Bekalan air juga secara puratanya baik di seluruh malaysia kecuali di beberapa tempat di Malaysia yang masih lagi dicatu bekalan airnya secara berkala.
alhamdulillah, Allah permudahkan kita menjalani ibadah puasa yang saya kira sangat selesa berbanding saudara-saudara kita yang mungkin tidak mempunyai nasib sebaik kita. Allah uji mereka dengan ujian kepayahan dan kesesengsaraan sebagai Muslim di bulan ramadhan ini.
namun usah dilupa, bahawa kita di sini pun sedang diuji. kita di sini diuji dengan segala macam nikmat kesenangan. apakah kita mampu menjadi hamba yang bersyukur tatkala kita dikelilingi segala macam jenis nikmat dunia?
hakikatnya kita semua sedang dalam ujian. dan setiap ujian Allah itu sentiasa berbeza di antara hamba-hambaNya. sesuai dengan kapasiti yang mampu di tanggung kita.
Sedarlah wahai manusia, Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh mereka. Sebagaimana firmannya yang bermaksud :
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".(al-Baqarah,286)
Malah Rasulullah SAW sendiri turut menyebut di dalam hadisnya yang bermaksud :
Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka Baginda menjawab:
“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.”
(Riwayat Imam Tirmizi)
err.... cukuplah sampai di sini dahulu, saya dah terlupa apa sebenarnya nak tulis tadi
wallahuallam.
p/s: mohon tegur jika ada sebarang penambahbaikkan. terima kasih

sepersalinan baju melayu putih dan nuzul al-quran
sungguh cantik sepersalinan baju melayu putih itu, buat dipakai di hari pernikahan nanti... eh! silap.. di pagi syawal .
aku tahu, posting sebegini bukanlah sesuatu yang baik. sementelahan pula dengan keadaan isu semasa keadaaan dunia yang sedang bergolak di sana sini.
cumanya aku sekadar ingin berkongsi sedikit kegembiraan hati kerana untuk pertama kalinya setelah lebih dari tiga tahun aku tidak pernah membeli baju baru untuk dipakai di hari raya.
bukanlah kerana kurang berkemampuan, tetapi setelah 'terpaksa' menukar jurusan sarjana muda aku dari kejuruteraan kepada pentadbiran perniagaan, aku terus hilang mood untuk berhari raya.
alhamdulillah, sekarang sudah pun menamatkan pembelajaran dari UIA walaupun telah bertukar dari jurusan asal. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. InsyaAllah, semoga sentiasa diberi peluang untuk menyumbang tenaga dan segala ilmu yang telah dipelajari untuk memperkasakan ummah. masing-masing kita ada cara tersendiri untuk itu. insyaAllah, destinasi kita semua akan tetap sama iaitu keredhaan Allah.
sempena dengan nuzul Al-quran ini sama-samalah kita ambil iktibar dari wahyu pertama yang sampai kepada Rasulullah:
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, – (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, – (4) Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5).” [Surah Al-Alaq (96): Ayat 1-5]
apa pengajaran yang boleh kita ambil dari ayat-ayat ini?
Ayat tersebut menyeru manusia supaya membaca kerana membaca melibatkan proses pemikiran mental yang tinggi serta memerlukan penghayatan pentafsiran dan pengenalan.
melalui ayat ini juga Allah memerintahkan kita untuk berfikir tentang bagaimana alam terjadi dan hikmah atas setiap kejadian dan yang paling penting memikirkan siapakah yang mencipta alam ini.
firman Allah yang membawa maksud “ bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikanmu.” melalui ayat ini Allah telah menjelaskan bahawa apa sahaja yang berada dan kita lihat di sekeliling kita merupakan tanda tanda keujudan dan kekuasaan Allah .
Segala yang berada di sekeliling kita sebenarnya merupakan tanda keujudan pencipta alam ini. malahan juga mengajar manusia bahawa alam dan isinya ini tidak boleh terjadi dengan sendiri tanpa penciptanya iaitu Allah. selain itu ingatlah bahawa segala apa yang kita lakukan, sentiasa kita niatkan kerana Allah.
jangan pernah kita berhenti untuk belajar dan belajarlah walau dengan siapapun hatta jika kita perhatikan dua kanak-kanak bermain pun sebenarnya ada perkara yang kita dapat pelajari jika kita mahu berfikir.
wallahuallam.
p/s: sila tegur jika ada sebarang penambahbaikkan.

Monday, July 7, 2014
sebuah lagu dan muzik video yang mempunyai makna yang sangat besar buat penggemar muzik hip-hop tempatan.
ya, dan aku adalah antaranya. mula mengenali sejak dari tahun awal
tahun 2000, ketika mereka masih lagi belum dikenali di arena muzik arus
perdana.
dan antara pengaruh dari duo ini jugalah aku
mempunyai minat menulis. cumanya ketika itu aku menjadikan menulis lirik
lagu rap itu sebagai hobi rahsia. conteng-conteng di buku tulis. hahaha
mereka yang mengenali aku pada waktu
itu mungkin masih ingat lagi barangkali, bagaimana gaya aku bercakap dan
perwatakan aku. jujur aku jadi segan sendiri bila mengenang kisah zaman
remaja.
lucu. anak muda terkapai-kapai mencari identiti diri.
walaupun anda bukan penggemar muzik hip-hop ataupun rap, lirik lagu ini
sebenarnya adalah sangat bermakna. ianya membahaskan isu seputar
pengorbanan bermula dari bawah untuk berjaya dan juga konsep
'brotherhood'.
rasanya, mungkin ada antara kita yang mungkin
pernah mengalami situasi seperti mereka berdua. sahabat sejati yang
menyepikan diri meninggalkan seribu satu persoalan.
p/s: harap
mereka dapat bekerjasama semula. tak ada siapa yang boleh sangkal bahawa
gandingan mereka berdua telah banyak merubah 'local scene'
p/s/s: err... ada ke bulan puasa aku boleh buat perbahasan pasal muzik pula. maaf
apa khabar-joe flizzoe
ramadhan dan mercun
agaknya
mereka yang datang berziarah ke Malaysia dari wilayah-wilayah yang
bergolak mungkin menyangka bahawa negara kita juga sedang berada dalam
keadaan bergolak lantaran bunyi mercun yang bertalu-talu di bulan
ramadhan ini.
p/s: logik akal, kita mungkin tak sampai hati untuk membakar duit kertas not RM 5, tetapi kita mungkin sampai hati untuk menggunakan duit RM 5 itu tadi untuk membeli mercun yang kemudiannya dibakar begitu sahaja.

Doraemon and Me
I'm not sure about other kids, but if I have a doraemon I might start a world domination.
Fuhh! Luckily, I don't have one.
moral of the story, if you are given with 'absolute power', your original character might change. we always assume people with power and money<the aristocrat> are an oppressor of the marginal people. but let say the position change, the originally a marginal people will also have a tendency to abuse their power and become the new oppressor if they might have the money and power.
poverty is a big test for us as a human being but the harder test is the people with power. can they not abusing their power while they have a chance to do so?
P/s: I not usually watching doraemon but when I do, it always make me feel a lot younger

BICARA UNTUK PEMBENCI TUAH
Kalian yang mengutuk Tuah,
kemari!
Kita berbicara.
Apalah ikhtiar Tuah:
Di kanan, hukum Raja berkuasa.
Di kiri, teman yang sudah derhaka.
Jebat tinggal seorang diri.
Kasturi, Lekir, Lekiu bukan sahabat lagi.
Di pinggang
menggeletek Pamong Sari Bukit Siguntang.
Kalau kalianlah Tuah, tertitah
membuang Jebat
apa bisa kalian buat?
Dari riak muka kalian
sudah tahu aku:
Kalian adalah Tuah, Kasturi,
Lekir dan Lekiu.
Kalian patuh pada tuan.
Jebat kan jadi habuan
di tangan kalian.
Usahlah Tuah kalian kutuk
kalau kalian sepertinya mengikut telunjuk.
Kalian yang menjulang Jebat
kemari!
Kita bicara.
Di kanan, Tuah mati ditikam.
Di kiri, Raja berlaku kejam.
Kasturi, Lekir, Lekiu tak ambil peduli.
Jebat, nekad dalam bara api
Mau dibayarnya budi.
Di pinggang
menggelepar keris Taming Sari.
Tiada gentar lagi Jebat pada mati.
Kalau kalianlah Jebat
bersugul kematian sahabat
apa bisa kalian buat?
Dari raut muka kalian
sudah tahu aku:
Kalian adalah Tuah, Kasturi,
Lekir dan Lekiu.
Takkan berani kalian melawan tuan.
Takkan ada pada kalian
semangat setiakawan pada yang
keseorangan.
Usah berpura menyanjung Jebat
Kalau yang kalian ucap, bukan yang terbuat
Tulisan: KhalifahGayong
ramadhan.salam perantauan.majlis perjumpaaan semula.
saban
tahun menjelangnya bulan ramadhan, akhbar-akhbar utama pasti akan
menyediakan slot khas 'salam perantauan'. sedari zaman sekolah rendah
lagi saya berazam untuk menghantar gambar dan ucapan saya sendiri ke
ruangan berkenaan. ucapan dari perantauan kepada keluarga dan orang
tersayang.
namun mungkin masih belum berpeluang untuk melakukannya lantaran keputusan SPM dahulu tidak melayakkan saya untuk peluang belajar di luar negara. Namun, Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya. mungkin kerana pada waktu itu saya mempunyai niat yang kurang baik. pada waktu itu, saya ada berniat untuk tidak lagi pulang ke Malaysia dan terus menetap dan berhijrah ke negara lain.
Alhamdulillah, Allah mengurniakan saya dengan sesuatu yang lebih baik iaitu peluang untuk belajar ilmu dunia,ilmu akhirat serta ilmu kehidupan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang juga nama lainnya Taman ilmu dan budi.
Alhamdulillah, sudah 6 bulan bergelar graduan dari uia. dan kini insyaAllah semoga akan tetap dapat memegang amanah menjadi 'torch bearer of the ummah' dan agen perubahan. jujur bukan ada banyak ilmu, tetapi apa yang kita tahu serba sedikit haruslah dikongsi bersama ummah. dan yang paling penting kita wajar untuk sehabis baik menunjukkan akhlaq Muslim yang sebenar. bukan kerana kita pelajar uia, tetapi kerana ianya adalah tuntutan Islam itu sendiri selain apa yang kita pelajari dahulu mestilah diamalkan sebaik mungkin.
antara perkara lain yang menjadi tradisi di negara kita pada bulan ramadhan ialah majlis berbuka puasa digabung bersama majlis perjumpaan semula<reunion>
jujur, aku sebenarnya agak segan dan rendah diri untuk hadir ke majlis seperti itu <Inferiority complex>. sebabnya, segan dengan teman-teman yang jauh lebih berjaya . sedang aku baru hendak mula belajar bertatih. tambah segan kalau mereka yang belanja .
bukan cemburu, malahan aku senang sekali mendengar perkongsian kisah hidup dan kejayaan mereka semua. jadi satu motivasi untuk diri. syukur, alhamdulillah . seronok melihat kejayaan teman-teman, 10 atau 20 tahun dahulu tiada siapa mungkin akan menyangka mereka akan berjaya seperti sekarang jika dilihat dari sudut naif dan nakalnya sebahagian dari mereka sewaktu di zaman dahulu .
setiap kisah itu pastinya mempunyai banyak sisi, jika kita lihat dari sudut negatif maka jadi negatiflah ia. begitu juga sebaliknya.
p/s: mungkin selepas ini topik anak-anak bakal menajdi tajuk perbualan dalam majlis-majlis perjumpaan semula. kami yang bujang ini tumpang mendengar dan ambil nota untuk rujukan di kemudian hari.

Subscribe to:
Comments (Atom)