alhamdulillah dan terharu juga apabila ada yang menghargai dan mengambil manfaat dari secebis perkara yang aku usahakan.
insyaAllah, seperti apa yang aku selalu pegang, yang mana baik jadikan
tauladan, dan jika jumpa yang tak baik, maka nasihati aku dan jadikan
perkara itu sebagai sempadan.
berlapang dada.
bila ada yang mengeji dan mencaci.... wajiblah kita berlapang dada dan
cuba menganalisis kelemahan kita sendiri dari pelbagai dimensi. Mungkin
sahaja Allah menghantar insan yang mencaci kita agar kita dapat kembali
muhasabah diri.
tetapi kebanyakkan kita dan termasuk saya
sendiri, kita mungkin sukar atau terlupa untuk berlapang dada saat kita
menerima pujian dari orang lain. seringkali kita merasakan, itu semua
asbab dari bakat dan usaha kita semata-mata. sedang kita lupa bahawa
semua itu hanya pinjaman dari Allah jua semata-mata. Dan mereka yang
memuji kita itupun kerana Allah telah menutup aib-aib kita dari
pandangan mata mereka. andai Allah membuka hijab keaiban kita di mata
khayalak, apa mungkin mereka-mereka itu masih lagi memuji kita?
Al-hamdu lillahi rabbil 'alamin. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.
"Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati."
-terbang tunduk, fyn jamal- suka aku untuk memetik lirik dari lagu ini.
bukan kerana nama, bak lagu dendangan ramli sarip. insyaAllah, semoga
apa yang cuba diusahakan bukanlah untuk nama dan perkara-perkara yang
sewaktu dengannya. tapi, harus aku akui, sebuah pujian itu juga mampu
membangkitkan suatu kuasa motivasi yang mampu memangkinkan lebih banyak
tujahan-tujahan inspirasi untuk terus istiqamah dan melakukan lebih
banyak penambahbaikkan di hari muka.
jangan hanya membataskan
sumber inspirasi anda kepada 'seseorang' atau 'sesuatu' kerana di luar
sana ada terlalu banyak perkara untuk dijadikan sumber inspirasi. dan
insirasi terhebat ialah 'Lillahi Ta`ala'
wallahuallam.
p/s: huhuhu tiba-tiba teringat waktu 'hilang punca' tak lama dahulu