Saturday, December 28, 2013

aku.kau.mungkinkah ada kita?


siapa bisa rasakan gelora cinta si laila?
siapakah gerangan kalaulah bukan majnun.

tetapi....

kau bukan lailaku,
aku juga bukan majnunmu,
tiada daya upaya aku untuk menjadi shah jahan
membina taj mahal sebagai lambang tugu cinta.
tiadalah tegar juga aku untuk mempunyai pengakhiran trajis seperti romeo.
apatah lagi melihat kau menjadi seperti juliet
yang mati hanya kerana terkeliru dengan definisi cinta sejati.

aku cuma lelaki biasa.
terkadang setegar karang di lautan.
terkadang serapuh buih di tepian pantai.
justeru itu aku hanya ingin mencintaimu dengan sederhana.

memiliki atau tidak itu bukan persoalan utama.
kerana semua yang hidup itu hanyalah milik Allah jua.
bersyukur jika terpilih memegang amanah
untuk menjaga kamu di dunia yang sementara ini.
merealisasikan visi-visi itu di hari muka
aku dan kamu duduk berdua diberanda
ditemani kopi juga sepiring biskut bergula.
sama-sama duduk menghabiskan usia senja.
tiada banyak bicara di antara kita.
hanya jemari kita saling tergenggam erat.
bersama dua raut senyuman yang hanya kita dan tuhan yang tahu maknanya.

No comments:

Post a Comment