alhamduillah, berkesempatan untuk hadir ke majlis konvokesyen
teman-teman pada hari ini. maaf tak sempat nak berbual panjang bersama
kalian.
dan insyaAllah, pada keesokkan hari adalah majlis
graduasi aku pula. agak kecewa sebab penerbangan adik aku dari brunei
ditukarkan dari jam 9 ke jam 3. maka dia tak akan sempat untuk hadir
pada esok hari.
untuk rakan-rakan pada hari esok aku nak minta
maaf awal-awal sebab akutak boleh lama berada di uia selepas majlis
konvo tamat atas sebab-sebab peribadi. maka mungkin kita tidak sempat untuk bergambar sama sebagai kenangan.
satu lagi perkara penting yang nak aku sampaikan ialah aku
berkemungkinan besar untuk menyahaktifkan akaun fb buat sementara waktu
selapas selesai dengan majlis konvo . mungkin selepas dua tiga hari
tamat konvo. dan tidak pasti sampai bila aku akan mengaktifkannya
semula.
ini atas sebab-sebab peribadi yang tak dapat dijelaskan.
sebab aku sendiri pun kurang jelas. 'drama king' sangat kan? maaf.
tapi aku rasa perlu masa untuk diri sendiri selesaikan beberapa isu.
banyak benda aku nak muhasabah balik. banyak kita cakap dan tulis,
banyaklah juga silapnya.
janji. aku terkilan juga sebab aku tak kotakan sebuah janji pada hari ini.
walaupun pada dasarnya perjanjian itu dibuat dalam keadaan berseloroh di antara keduanya. s
maaf, jika pernah ada terkasar bahas dengan kalian semua. ada rezeki
kita berjumpa lagi.maaf juga sebab tak jadi sahabat yang baik.
alah, bukan lama mana pun. habis kuat dua bulan macam awal tahun dulu kan
No comments:
Post a Comment