bila sesetengah 'agamawan' yang berbeza pendapat sesama mereka pun main kias-kias dekat FB.
maka, apalah nak dihairankan dengan orang awam macam aku yang hobinya memang berkias.
cumanya, masalah akan selalu hadir bila orang-orang lain membuat
kesimpulan mereka sendiri berdasarkan pemerhatian dan kefahaman mereka.
dan kita tak boleh nak salahkan serkap jarang dari mereka. ini kerana
kita sendiri yang menjemput mereka untuk bertindak begitu.
berani cakap,berani tulis.
berani jawab, berani tanggung.
dan sebagai tambahan untuk golongan 'agamawan' ini tadi, keadaan akan
bertambah buruk apabila 'pengikut-pengikut' mereka pula yang turut sama
bertelagah sesama mereka. malah lebih sudu dari kuah. masing-masing nak
angkat tokoh merekalah yang paling benar. orang lain punya pendapat
semuanya salah.
natijahnya, 'agamawan' tadi secara tidak
langsung akan diuji dengan perasaan riak,ujub dan takabbur apabila
melihat ramainya pengikut yang taksub mempertahankan hujahnya secara
membuta tuli.
bukan semua agamawan adalah sebegitu tetapi tak
mustahil mereka akan diuji sebegitu. analogi mudah, kalau ada tiga atau
emapat orang yang 'like', 'comment' dan 'share' status fb kita atau puji
gambar kita cantik/kacak pun kita dah terdetik sedikit perasaan bangga.
inikan pula kalau dua tiga ribu yang berbuat begitu. siap ada kelab
peminat lagi, tipulah kalau sedikit pun tak pernah goyah pendirian.
p/s: penyataan ini bersifat terbuka dan tidak ditujukan kepada sesiapa secara peribadi.
p/s/s: jauh dah merepek ni.
No comments:
Post a Comment