P: 'awak, nanti kalau awak kahwin jangan lupa jemput kita tau'
L: "Gila lah saya kalau tak jemput awak. dah tu saya nak nikah dengan siapa kalau bukan dengan awak"
pergh! budak tingkatan empat punya 'pick up line' . fuh! cekap
budak-budak ni. aku yang 10 tahun lebih tua pun tak berapa nak yakin
lagi bab ni. <perbualan dari situasi sebenar>
p/s: remaja yang cepat matang sebelum usia atau aku yang
tak matang-matang lagi. apa pun kematangan bukan di ukur dari susunan
nombor yang tertera di kad plastik berwarna biru itu. anda mungkin
berusia 57 tahun tetapi masih lagi bersifat kebudak-budakkan.
p/s/s: aku nak menulis pasal satu perkara yang sangat penting tetapi
ianya akan menyentuh sensitiviti pihak tertentu. masih cuba merangka
susunan ayat dalam kepala agar ianya se'umum' mungkin dan tidak
mengguris hati pihak-pihak tertentu. apa yang penting, kita sama-sama
dapat ambil iktibar dari kisah tersebut.
dan aku percaya,
bukan secara kebetulan kisah itu dikongsikan kepada aku. Allah tahu apa
yang sedang dan akan aku hadapi dengan ujian yang sedang melanda diri.
laksana ribut ganas yang senyap-senyap menghampiri di malam yang indah
disinari cahaya purnama dan kerdipan bintang. tak sedar dalam keasyikan
lena dengan keindahan yang menjelma, ada getar ribut yang bakal melanda.
senyap tapi pasti.
api yang kecil biasanya terlihat indah.
juga mampu menghangatkan apa jua yang kedinginan. mungkin juga mampu
menghilangkan sepi yang telah lama menjadi teman. tetapi jika kita gagal
atau cuai dalam mengawal api, dari kawan ia bisa pula menjadi lawan.
membakar segala apa yang ada disekelilingnya.
biar musnah semuanya. biar dia puas.
saat itu,ketinggian ilmu agama tidak lagi mampu menjadi benteng menahan asakan.
kerana kita sendiri mungkin sudah 'mabuk' dalam fitnah yang kita sendiri tak sangka terkena pada diri.
No comments:
Post a Comment