Perutusan Hari Guru 2016 <chewah! perutusan sangat>
Bismillah.
Awal kalam pembuka kata.
Alif.Ba.Ta.
A.B.C.
1.2.3.
Mulianya seorang insan kerana ilmu.
Dan semuanya bermula dari seorang Guru.
Dan guru pertama kita seharusnya adalah ibu bapa dan keluarga kita
sendiri .Walaupun ianya mungkin hanya pendidikan tidak formal berkenaan
perkara-perkara asas.
Kita sering mendengar bahawa guru sering diumpamakan seperti 'lilin yang membakar dirinya untuk menerangi insan lain'
Saya mohon untuk tidak bersetuju dengan perumpamaan Orang Melayu lama itu.
Kerna bagi saya, ianya seolah-olah membawa konotasi yang negatif kepada
profesyen guru itu sendiri. Seolah-olah ianya adalah satu bebanan yang
sangat melelahkan dan hanya menghancurkan dirinya sendiri.
Tetapan minda.
barangkali dengan merasakan dirinya seperti lilin, maka barangkali
sebahagian guru hanya menganggap ianya hanya sekadar profesyen yang sama
sahaja seperti profesyen yang lainnya. Malah mungkin merasa sangat
lelah dan capek dengan tugasan harian mereka yang semakin rencam dewasa
ini ditambah dengan keletah dan perilaku anak murid yang semakin
mencabar.
Pada saya guru itu bak sang Mentari.
Akan terus menyinari bumi hinggalah ke hujung waktu.
Akan terus memberi manfaat secara langsung dan tidak langsung.
Sepertinya Sang Mentari, dia menyinari tapi tidak langsung mengurangi
cahayanya. Tidak pernah lelah. Akan terus setia dengan tugasnya selagi
ia mendapat izin dari Tuhan.
Mendidik anak-anak pada zaman
informasi dihujung jari ini memerlukan pendekatan yang jauh berbeza
berbanding 10 atau 20 tahun dahulu.Jika hanya sekadar ingin menuntut
ilmu,mereka bahkan bisa mendapatkannya dari internet.
tadabbur.
ya itu satu perkara yang mungkin tidak bisa dipelajari dari internet.
Ia bisa menentukan bagaimana cara seseorang itu mengaplikasikan ilmu
yang telah dipelajari.
ke jalan yang bermanfaat atau sebaliknya?
Pesan seorang guru.
esok bukanlah hari paling bahagia untuk insan-insan yang bergelar
guru/cikgu/teacher/ustaz/ustazah/sir/madam.tetapi, hari paling bahagia
bagi mereka ialah apabila berjumpa kembali bekas anak-anak murid mereka
dan melihat mereka telah menjadi insan yang berguna.lebih membahagiakan
apabila anak-anak murid tersebut masih mengenali mereka walau sudah
berpuluh tahun meninggalkan sekolah.
Pesan Saidina Ali
Lihatlah apa yang dia cakapkan, bukan siapa yang bercakap itu...
hormatilah setiap insan yang pernah mendidik kita.
Terima kasih kepada semua insan-insan yang pernah mengajar aku hatta
satu huruf sekali pun . terutama- ayah dan ibu, guru tadika kemas, sk
jalan gurney 1,sra kg datuk keramat, smk segambut jaya, british council,
CENFOS PJ , IIUM gombak, warga kerja Mindef,warga kerja Faradisse High,
rakan-rakan forum,rakan-rakan 'inner circle' dan ramai lagi.
tak dilupakan juga rakan-rakan seperjuangan <di alam nyata,maya dan dimensi-dimensi yang sewaktu dengannya>
suka juga untuk aku menambah senarai guru-guruku, aku juga belajar dari
'musuh-musuhku', dari gerak alam dan juga orang-orang yang secara rawak
ada di sekelilingku.
guru yang terbaik haruslah jatuh kepada
pengalaman yang menyakitkan. belajar dari kegagalan. cuma terkadang ego
yang membataskan kita dari mempraktikkan apa yang kita belajar darinya.
Takut dengan perubahan?
usaha.doa.tawakal.
doakan saya mampu berubah menjadi lebih baik.
InsyaAllah mampu dengan berkat doa semua guru-guru saya. Ya, Anda yang
membaca ini juga adalah sebahagian guru saya. Terima kasih.
"kamu" terima kasih sebab ajar aku tentang itu.although I learnt it the hard way. -GhostProtocol0991-
P/s: Papan kekunci komputer riba rosak.Justeru Gigih menaip menggunakan
'papan kekunci virtual' . Terima kasih kerana membaca hingga ke ayat
terkahir ini.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete