insyaAllah, seperti apa yang aku selalu pegang, yang mana baik jadikan tauladan, dan jika jumpa yang tak baik, maka nasihati aku dan jadikan perkara itu sebagai sempadan.
berlapang dada.
bila ada yang mengeji dan mencaci.... wajiblah kita berlapang dada dan cuba menganalisis kelemahan kita sendiri dari pelbagai dimensi. Mungkin sahaja Allah menghantar insan yang mencaci kita agar kita dapat kembali muhasabah diri.
tetapi kebanyakkan kita dan termasuk saya sendiri, kita mungkin sukar atau terlupa untuk berlapang dada saat kita menerima pujian dari orang lain. seringkali kita merasakan, itu semua asbab dari bakat dan usaha kita semata-mata. sedang kita lupa bahawa semua itu hanya pinjaman dari Allah jua semata-mata. Dan mereka yang memuji kita itupun kerana Allah telah menutup aib-aib kita dari pandangan mata mereka. andai Allah membuka hijab keaiban kita di mata khayalak, apa mungkin mereka-mereka itu masih lagi memuji kita?
Al-hamdu lillahi rabbil 'alamin. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.
"Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati."
-terbang tunduk, fyn jamal- suka aku untuk memetik lirik dari lagu ini.
bukan kerana nama, bak lagu dendangan ramli sarip. insyaAllah, semoga apa yang cuba diusahakan bukanlah untuk nama dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya. tapi, harus aku akui, sebuah pujian itu juga mampu membangkitkan suatu kuasa motivasi yang mampu memangkinkan lebih banyak tujahan-tujahan inspirasi untuk terus istiqamah dan melakukan lebih banyak penambahbaikkan di hari muka.
jangan hanya membataskan sumber inspirasi anda kepada 'seseorang' atau 'sesuatu' kerana di luar sana ada terlalu banyak perkara untuk dijadikan sumber inspirasi. dan insirasi terhebat ialah 'Lillahi Ta`ala'
wallahuallam.
p/s: huhuhu tiba-tiba teringat waktu 'hilang punca' tak lama dahulu
No comments:
Post a Comment