huhuhu fakta berkenaan nama aku
[Perubahan 'Ashraf/Asyraf' kepada 'Acap di Pantai Barat]
Oleh: Amir Wijaya
SOALAN: Amir nak tny. Kalau kata nama 'Ashraf/Asyraf' di Pantai Barat dipanggil 'Acap'. Boleh gitau camana boleh berlaku mcm tu?
JAWAPAN: "Ashraf" atau "Asyraf" ialah nama daripada bahasa Arab. “Acap” ialah bentuk yang sudah “dimelayukan”.
Dalam inventori fonem bahasa Melayu yang asli, memang TIDAK ada bunyi geseran lelangit keras-gusi tak bersuara (voiceless palato-alveolar fricative) yang dilambangkan dengan huruf “sh” atau “sy” itu.
Dalam pertuturan Melayu tulen, bunyi itu hanya ada dalam bentuk seruan (exclamation) untuk menghalau binatang seperti ayam atau kucing, iaitu “syuh!”, dan beberapa contoh lain yang terhad; ia tidak bertaraf fonem.
Begitu juga halnya dengan bunyi geseran bibir-gigi tak bersuara (voiceless labiodental fricative) yang dilambangkan dengan huruf “f”.
Maka, dalam bentuk “Acap”, masing-masing bunyi yang dinyatakan di atas sudah digantikan dengan bunyi lain yang sebenarnya sangat hampir, dan memang wujud dalam inventori fonem bahasa Melayu:
1. “sh” (geseran lelangit keras-gusi tak bersuara) > “c” (letusan lelangit keras tak bersuara)
2. “f” (geseran bibir-gigi tak bersuara) > “p” (letupan dua bibir tak bersuara)
(> = berubah menjadi)
Bunyi “sh” dan “c” dan bunyi “f” dan “p” adalah bunyi yang hampir dari segi daerah penghasilan. “sh” dan “c” kedua-duanya melibatkan lelangit keras, manakala “f’ dan “p” melibatkan bibir (malah kedua-duanya bunyi obstruen; rongga mulut dibuka sempit). Semua bunyi itu juga tidak bersuara, iaitu tidak melibatkan penggetaran pita suara.
Perubahan “f” kepada “p” dalam bahasa Melayu kolokial memang satu kelaziman yang tidak asing lagi dalam semua dialek (“faham” > “paham”, “fasal” > “pasal”, dll).
Bunyi /r/ digugurkan, maka yang terbentuk bukanlah *Acrap – ini janggal dalam fonotaktik Melayu.
Dalam dialek Melayu di Pantai Timur, sebagai contohnya dialek Kelantan, bunyi “p” pada akhir kata bahasa Melayu standard itu sejajar dengan bunyi hentian glotis: bahasa Melayu standard “sedap”, dialek Melayu Kelantan “sedak”.
Berpandukan rumus kesejajaran ini, maka perubahan yang berlaku ialah Ashraf > Acap > *Acak. ? Sounds strange, to me. Orang Pantai Timur tak panggil kau "Acap" langsungkah? Beta mohon ampun kalau panjang sangat.

No comments:
Post a Comment