terima kasih kepada sahabat yang mengingatkan aku bahawa...
"bekerja di syarikat kecil bukan bermakna kau tak bagus, bekerja di syarikat besar pun tak semestinya kau hebat"
adaptasi dari ayat asal dia "kompeni kecil jangan dipandang enteng. saiz kompeni bukan penentu gaji. pak cik jual keropok lekor lagi kaya dari engineer."
kita ini kadang-kadang kompleks inferioriti tak bertempat. termasuk juga aku sendiri. tak perlu nak rendah diri melampau-lampau sangat. adil itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. justeru itu, letaklah keyakinan kita pada tahap yang sewajarnya. jangan hanya asyik mendongak ke langit melihat kejayaan orang lain.
yakinkan diri bahawa kita juga mampu duduk sama tinggi dan berdiri sama rendah. macam terbalik pepatah aku, tapi aku cuba yakin ianya tepat .
mungkin kerana dikelilingi teman-teman yang kebanyakkanya mempunyai pekerjaan yang hebat-hebat bersama pendapatan tak kurang kacaknya, justeru mungkin sedikit sebanyak rasa kerdil itu timbul bila bersama mereka. sementelahan, mereka sudah jauh berlari sedang aku baru sahaja memulakan langkah.
rezeki itu Allah dah tentukan. siapa berusaha insyaAllah dia dapat. istiqamah dan disiplin. ambil iktibar dari kisah dongeng kura-kura dan arnab. hari ini kita mungkin berada di posisi kura-kura, tetapi tak mustahil bila diuji dengan segala nikmat dan kelebihan, kita mungkin bertukar peranan menjadi sang arnab. leka diri, ambil mudah, sombong, suka bertangguh ..... dan senarai itu mungkin bertambah lagi.
at early age, works for experience. the handsome paycheck will come later on.
hahaha masalahnya aku dah tak berapa nak muda sangat . CEO tempat aku bekerja pun hanya 3 tahun lebih tua daripada aku. hebat orangnya. bukan calang-calang pencapaian dia dalam seperti usia itu.
No comments:
Post a Comment