Tuesday, February 4, 2014

di mana silapnya aku?

jam dinding berdetak 10 kali. slot cerekarama di saluran tv swasta itu baru sahaja membuka tirainya. mata ibu tua itu tertancap kemas memandang kemas pada kotak segi empat tepat yang bercahaya itu.

dari tajuk dramanya sahaja, dia sudah berjaya menebak jalan cerita dan bagaimana pengakhiran teledrama itu nanti.kisah tentang remaja dan gejala sosialnya .klise. namun bukan itu yang benar-benar menarik perhatiannya. setelah beberapa ketika matanya menjeling lemah ke arah jam dinding tadi. jam 10.20 pm. satu keluhan berat berat dilepaskannya.

telepon bimbit pantas dicapainya. tet..tet...tet... satu nombor telepon didail."hello..hello...hello..." . panggilan yang dibuatnya tidak bersambut. dicubanya lagi buat sekian kalinya. cuba lagi.cuba lagi. dan lagi buat beberapa kali. namun kali ini langsung tiada talian yang kedengaran. telepon bimbit yang cuba dihubunginya telah dimatikan. dia cuba pula untuk menghantar pesanan ringkas. "mesej tidak dihantar"

hatinya semakin galau. risau terjadi sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anak gadisnya. tidak mustahil paparan realiti yang cuba diadaptasi ke dalam drama yang sedang ditontonnya itu berlaku kepada anak gadisnya sendiri. realiti dan fantasi, tidak mustahil apa yang ada direaliti itu mungkin lebih menakutkan dan diluar jangka daripada apa yang dipersembahkan di alam fantasi layar optik kaca.

sejenak dia terfikir, bertanya pada diri di mana silapnya dia dalam mendidik anak? apa masih kurang kasih sayang yang dicurahkan? apa masih tidak cukup ilmu agama dan adab-adab ketimuran diajarkan? apa dia terlalu memberi kelonggaran? apakah perlu untuk dia mengongkong segala gerak geri dan mengawal siapa teman-teman anaknya?

jika cara dia mendidik yang salah , mengapa anak-anaknya yang lain tidak pula mempunyai masalah yang sebegitu. sedangkan segala apa yang diberi dan dicurahkan tidak jauh bezanya.

apakah ini kafarah yang Allah berikan kepadanya, mungkin atas apa-apa khilafnya yang lalu? apakah ini ujian untuk Allah menguji kesabaran dan ketakwaan hambanya?
sungguh dia sangat memerlukan kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anaknya yang seorang ini.

anak-anak zaman millenia ini, jika terlalu dikongkong juga bukanlah satu cara yang baik. di depan kita mungkin sahaja dia memijak semut pun tidak mati. namun ,bagaimana pula akhlaqnya ketika dia berada jauh di mata? ketika dia sedang melanjutkan pelajarannya di rantau orang?

sungguh kita ini hidup dalam zaman yang penuh dengan fitnah. pernah juga terlintas di mindanya untuk mengambil jalan mudah dengan mengahwinkan anaknya jika ada sesiapa yang datang melamar. tetapi tentu sahaja itu bukan jalan yang baik, sementelahan dia begitu kenal dengan kematangan anaknya yang jauh masih cetek. tidak mungkin dia mampu untuk menghadapai dugaan sebagai isteri. anak-anak zaman ini bukan lagi sepeti zamannya dahulu. masih terlalu banyak urusan rumah tangga yang tidak diketahui mereka. hanya fasih dengan aplikasi-aplikasi gadgetnya.

sekali lagi, di mana silapnya? di mana anaknya ketika ini?

#####################################

anak lelaki atau anak perempuan lebih sukar dijaga?
bagi aku itu soalan yang sangat subjektif. merosakkan dan dirosakkan itu tidak hanya bergantung kepada gender tertentu. masing-masing gender mampu menjadi penyebabnya.

##################################

Nasi lemak buah bidara :
sayang selasih hamba lurutkan; :
Buang emak buang saudara :
kerana kekasih hamba turutkan

dalam hidup kita memang memerlukan cinta, tetapi hidup ini bukanlah hanya untuk bercinta. yang paling penting apa definisi pegangan cinta kamu?

No comments:

Post a Comment