secara umumnya, majoriti daripada kita <termasuk saya juga kot>
terlalu cepat melatah bila berhadapan dengan isu-isu berbaur
kontroversi. asal ada benda nak kritik kita pun nak kritik. asal tengok
orang lain mem'bahan' orang lain, kita pun turut tak ketinggalan untuk
mem'bahan' sama. nak ikut 'trending' katanya. sementelahan pula memang
seronok bab nak kritik orang ni. boleh jadi king/queen of troll katanya.
lagi seronok bila dapat beratus 'likes' dari orang yang membaca status
atau komen kita.
------------------------------------------------
"pergh! asal dia pakai baju macam tu? mak bapa tak ajar ke"
"kenapa diorang bercerai? ni mesti kes tak pandai jaga isteri/suami.
"sibuk nak bersumpah guna al-quran, entah-entah baca al-quran pun tajwid banyak tak betul"
-------------------------------------------------
fuhh!!!! panas sungguh kritikan yang mungkin kita lontarkan. pernah
tidak kita terfikir, mungkinkah kritikan kita tadi mampu merubah
seseorang untuk menjadi Muslim yang lebih baik?..... atau mungkin sahaja
mereka akan jadi semakin jauh dari dari jalan yang benar?
empathy. pernah kita cuba meletakkan diri kita dalam situasi mereka?
situasi ibu bapa mereka? situasi keluarga mereka? bagaimana jika perkara
itu terjadi dikalangan keluarga kita ? atau bahkan pada diri kita
sendiri?
mampu tidak kita menghadapi situasi-situasi tersebut
dengan positif sedangkan majoriti masyrakat berpadangan negatif kepada
kita?
---------------------------------------------
"kenapa dia berpakaian seperti itu? semoga Allah memberikannya hidayah dan kekuatan untuk berubah"
"kenapa mereka bercerai? mungkin jodohnya sampai di situ sahaja. semoga
mereka dapat bertemu jodoh yang lebih baik. tak usah kita terlalu masuk
campur dengan hal yang tiada kaitan denan kita"
"bersumpah dengan
Al-quran? macam mana kita tahu mereka tidak mampu membaca al-quran
dengan baik? insyaAllah, kita doakan sahaja agar mereka juga mengambil
ibrah<pengajaran> dari pembacaan al-quran itu dan turut
mengamalkan dalam kehidupan seharian"
-------------------------------------------------------
peringatan untuk diri saya sendiri, mohon maaf andai ada tutur kata
yang mengguris hati. jika ada salah tolong tunjukkan, saya budak baru
belajar.
p/s: islamophobia itu tidak hanya berlaku di negara
yang minoritinya umat islam, tidak juga hanya berlaku di kalangan orang
bukan islam, tetapi juga mungkin berlaku dikalangan orang Islam itu
sendiri. ini berlaku lantaran sikap segelintir umat islam itu sendiri
yang gagal memahami cara berdakwah dengan hikmah dan agama islam itu
sendiri.
wallahuallam
No comments:
Post a Comment