"akak tengah bergurau dengan saya ke? atau tengah perli saya?. kalau tenagh bergurau saya nak ketawa, tapi kalau tengah perli, insyaAllah saya akan ambil sebagai nasihat"
alhamdulillah, akal aku masih waras untuk tidak meluahkan apa yang sedang meluncur laju di benak fikiran. maka tetaplah ia hanya bermain di lubuk hati. jika tidak, tidak tahulah apa yang akan terjadi selanjutnya. sama ada hamba Allah itu malu alah sendiri dikhayalak ramai atau lebih teruk silaturahim antara dua insan akan jadi dingin membeku dan janggal untuk hari-hari mendatang.
maka, lebih baik mendiamkan diri dan cuma menghadiahkan sebaris senyuman. aku 'mungkin pandai' menyusun kata-kata, tetapi satu perkara yang pasti bukan semua perkataan-perkataan yang tersusun itu mampu membahagiakan dan memberi manfaat pada orang lain. mungkin sahaja
ianya berbisa laksana sianida di dalam makanan kelihatan paling enak. kelihatan tidak berbahaya tetapi tetap membunuh.
ianya berbisa laksana sianida di dalam makanan kelihatan paling enak. kelihatan tidak berbahaya tetapi tetap membunuh.
bagi aku, sarkastik adalah sebuah cabang seni yang tersendiri. antara jenis seni yang jarang-jarang sekali tidak menarik minat aku. namun itu tidak bermakna aku adalah seorang yang bersifat sarkastik mahupun menggalakkan orang lain bersakastik.
bukan semua benda kita boleh bawa bergurau. sensitiviti wajib ada.lain padang lain belalang.banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.lain dulang lain kakinya.rambut sama hitam, hati lain-lain.
sejujurnya, sudah agak lama telinga aku tidak membahang. huhuhu 'terkeluar' sebentar 'muka garang' aku buat beberapa saat. namun rasanya tidak sempat untuk ada yang perasan perubahan wajah aku ketika itu.
benda kecil tidak perlulah nak diperpanjangkan. jadi, apa perlunya aku merepek dekat atas tu? lebih baik selesaikan pembacaan al-kahfi daripada menaip perkara yang mungkin hanya sia-sia. sebenarnya hendak berkongsi tentang cara-cara menangani perasaan marah daripada perspektif Islam. semoga ada manfaatnya buat saya sendiri dan mereka yang membacanya.
1. Mengubah Posisi
- Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

2. Berwuduk
- Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

3.Minum air.
4.Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.
5.Berlindung kepada Allah daripada syaitan .
6.Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
7.Berfikiran positif.
8.Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.
9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.
10.Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

Wallahu'alam.
P/S: siapa pernah ternampak 'muka garang' aku? hahaha buruk gila kan
No comments:
Post a Comment