dewasa ini, aku sudah semakin kurang mood untuk 'merepek' di alam maya. sudah kurang inspirasi dan motivasi barangkali.
bagun pagi. kerja.pulang. istirehat. ulang semula. rutin.
atau mungkin rentetan dari semakin kurang meluangkan masa untuk membaca dan bersiar-siar di lorong-lorong kota mengambil pelajaran dari jalanan. belajar dari alam dan juga daripada gelagat keletah manusia yang rencam.
atau mungkin juga kerana tiada faktor 'pengecas' akibat terputusnya sebuah komunikasi. rasanya mungkin kurang sesuai penggunaan 'ter' dalam ayat sebelumnya.
fakta-fakta.
faktor-faktor.
aktor-aktor.
'you have a talent, it is such a waste to use it for trivial things' said by a friend.
terima kasih, tetapi masing-masing punya cita rasa tersendiri. yang baik jika ada ambilah sebagai tauladan. jika ada nampak yang tak baik ambil sebagai sempadan. jika kau sayang aku sebagai sahabat dan saudara seagama, maka tegurlah secara berhikmah walaupun kau mungkin cukup arif betapa 'degil'nya aku. setidak-tidaknya kau dah menjalankan tanggungjawab kau .
p/s: bukan suka-suka hendak berjiwa-jiwa. sekadar ingin menzahirkan apa yang terbuku di lubuk jiwa. terbuai atau membuai perasaan? tertipu atau menipu perasaan? aku harap aku akan jumpa persoalan-persoalan lain yang mungki terbit dari persoalan-persoalan tadi sebelum berjumpa dengan jawapannya.
No comments:
Post a Comment