Sunday, June 29, 2014

menjadi dewasa yang berprinsip.

entah kenapa bila sudah semakin dewasa, aku jadi semakin kurang tegas dengan prinsip-prinsip yang aku aku semat dahulu.

dari satu sisi, memang ada baiknya lantaran ada juga prinsip-prinsip aku itu agak jumud dan hanya akan menghalang aku untuk terbang lebih tinggi.

dari sisi yang mungkin agak berbaur negatif, aku jadi semakin mengikut arus dan pendirian juga tidak seteguh dahulu. mudah berbolak balik.

jiwa rebel jika disalurkan kepada jalan yang betul, memang banyak faedahnya. asal sahaja kita tahu, batas setakat mana rebel kita itu tadi masih relevan. bukan semua perkara kita patut rebel. apakah perlu untuk rebel akan semua benda?

sifat fitrah air ialah suci lagi menyucikan. tetapi jika ia tetap duduk diam di sesuatu tempat untuk satu jangka masa yang lama, kecenderungan untuk ianya tercemar adalah tinggi.

air itu perlu bergerak meneruskan rotasi sunnahnya. dengan cara itu sahaja ianya akan kekal suci lagi menyucikan.

begitu jugalah perihalnya dengan kita manusia. jika kita terlalu selesa dan tidak mahu <baca:takut> melakukan penambahbaikkan kita akan menjadi statik dan mungkin tercemar.

waktu membesar sebagai kanak-kanak dan juga remaja, kita sentiasa didorong rasa ingin tahu dan ingin mencuba yang sangat tinggi.

tapi aneh, bila usia semakin menginjak dewasa, kita jadi penakut kepada banyak perkara. natijahnya, kita sentiasa cuba untuk 'bermain selamat' untuk banyak hal.

aku harap dapat pecahkan semula bongkah-bongkah ais itu. bukan harap tetapi mesti.

sedari kecil, aku membesar denagn satu blok pemikiran dalam kepala dan memori aku. aku bukan biasa-biasa. aku adalah sebahagian dari sesuatu yang 'besar'. jadi aku harus buktikan yang aku adalah istimewa dan unik dari orang lain.

p/s: analisis SWOT. kena khatam kan semula.

No comments:

Post a Comment