1. secara umumnya, saya bukanlah penggemar sukan bola sepak tetapi lebih kepada 'martial art' dan yang sewaktu dengannya.
2. cumanya, bila masuk musim piala dunia ini secara automatis saya juga jadi turut ambil pusing tentang alam bola sepak. sekadar untuk meraikan minat orang lain dan juga sebagai bahan bual bicara dengan orang lain.
3. dalam sebuah komunikasi yang berkesan, kita tidak perlu untuk tahu semua perkara. Dengan hanya 10%-15% pengetahuan dalam isu tertentu sahaja anda sudah boleh melakukan sebuah komunikasi berkesan.
4. sebagai contoh, dengan ambil pusing untuk tahu serba sedikit berkaitan bola sahaja seperti keputusan permainan semalam anda sudah mampu untuk mencipta sebuah komunikasi berkesan dengan seseorang<jika dia peminat bolalah > .seterusnya komunikasi itu akan berkembang dengan sendirinya.
5. masih lagi isu seputar bola sepak. Saya tinggal di rumah yang berhadapan dengan sebuah restoran yang menayangkan siaran langsung perlawanan bola sepak memang mampu membuatkan saya berasa seperti berada di stadium bola sepak itu sendiri. Secara subjektifnya, ianya mampu menceriakan anda <subjektif > . tapi dari sudut lain, waktu tidur juga akan terganggu buat sementara waktu.
6. Jika dipandang dari perspektif berbeza, saya suka musim piala dunia ini kerana akan ada ramai rakan-rakan kita yang akan mengingatkan kita untuk melakukan tahajud di samping kita menonton perlawanan bola. ianya sesuatu yang agak jarang berlaku melainkan bulan ramadhan. Begitu juga dengan peringatan mengenai nasib saudara seislam kita yang masih tertindas di luar sana. walaupun ada sesetengah pos dan peringatan itu mungkin agak terlalu sarkastik, tetapi ianya tetap juga mampu menarik perhatian kita untuk turut ambil peduli.
7. Kepada semua peminat bola sepak, selamat menonton perlawanan piala dunia. harapan agar ianya tidak menjejaskan produktiviti harian kita. Tidur awal untuk bangun awal jadi kita akan tetap dapat waktu tidur yang cukup.
8. Sukan mampu menjadi wadah perpaduan. bagitulah hendaknya.
9. Apa khabar agaknya rakyat marhaen di Brazil ketika ini?
P/s: Protocol

No comments:
Post a Comment