Wednesday, June 25, 2014

mulakan dengan apa yang ada

Bismillah,

jika kita berhajat untuk membantu untuk membantu insan lain, tidak semestinya kita perlu menunggu hingga kita jadi insan yang lebih senang dahulu. mulakan dengan membantu dengan apa yang kita termampu dahulu.

kita memberi bukan kerana kita hanya ada harta berlebihan, tetapi kita memberi kerana kita cuba meletakkan diri kita sendiri dalam situasi mereka.

bagaimana jika kita berada di tempat mereka?

empathy.

untuk memiliki hati emas tidak semestinya hanya ada pada mereka yang banyak emasnya.

anda, saya, kita semua yang hidup sederhana adanya ini juga mampu untuk memiliki hati emas.

kualiti bukan kuantiti. jika kita mampu hulur rm 1 maka hulurlah rm1. jika kita mampu menyumbang masa dan tenaga, maka sumbanglah masa dan tenaga.

alhamdulillah, ketika belajar di uia dahulu , berpeluang untuk mengikuti program-program kemasyarakatan. insyaAllah, apabila sudah bekerjaya sekarang ini pun akan cuba untuk mencari platform yang lain pula . rasa-rasa macam nak menyertai 'teach for malaysia' , tapi ada bakat mengajar ke? . semoaga di masa hadapan, akan sentiasa ada peluang untuk menabur bakti menyemai budi. harapnya aku tidak akan tenggelam dalam dunia korporat ni .

akhir kalam, mari kita hayati maksud ayat alquran di bawah. moga-moga ada manfaatnya buat kita semua.

Surah al-Taubah: 75-77:

وَمِنْهُمْ مَنْ عَاهَدَ اللَّهَ لَئِنْ آتَانَا مِنْ فَضْلِهِ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُونَنَّ مِنْ الصَّالِحِينَ(75)فَلَمَّا آتَاهُمْ مِنْ فَضْلِهِ بَخِلُوا بِهِ وَتَوَلَّوا وَهُمْ مُعْرِضُونَ(76)فَأَعْقَبَهُمْ نِفَاقًا فِي قُلُوبِهِمْ إِلَى يَوْمِ يَلْقَوْنَهُ بِمَا أَخْلَفُوا اللَّهَ مَا وَعَدُوهُ وَبِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

Maksudnya: Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: “Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh”.

Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta.Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).

No comments:

Post a Comment