Tuesday, June 17, 2014

perang emosi di awal pagi

perkara paling sebal dilakukan saat bangun pagi ialah bangun pagi dengan perasaan beribu sesalan.

dunia tak semestinya akan menjanjikan yang indah-indah sahaja.
hidup dan ironi mungkin sahaja menjadi sahabat paling setia.

justeru itu, kita harus cuba sebaik mungkin untuk melihat hidup ini dari pelbagai perspekstif. sepertinya kejadian malam dan siang, kegelapan dan cahaya akan silih berganti. pilihan untuk berada di dalam cahaya atau kegelapan itu akan sentiasa ada.

ya, akan sentiasa ada.
selagi masih ada nafas di dada.
selagi masih mampu untuk buka mata di awal pagi, peluang untuk menjadikan hidup lebih bermakna akan selalu ada.

syukur.
alhamdulillah, aku, kau dan kita masih bernyawa.
kita semua masih punya misi.
dan cara setiap orang melaksanakan misi-misi itu mungkin berbeza.

ayuh, bangkit dengan ucapan syukur dan hadiahkan senyuman terindah kepada figura yang ada di dalam cermin itu. ya, itu kamu.

sejujurnya, aku bukanlah orang yang paling positif juga bukan yang paling optimis.ironi dan hidup aku ibarat berpisah tiada.
hahaha macam melampau sangat ayat ini .

tetapi, aku sentiasa mencuba untuk melihat dunia dari perspektif yang cerah.
sesalan??? memang banyak yang aku sesalkan dalam hidup.

menyesali segala peluang dan ruang yang telah aku sia-siakan.
pendidikan. cinta . kerjaya. perhubungan.

tetapi pancaindera kita ini sebenarnya adalah sangat lemah. kita jadi mudah keliru. apa yang kita rasakan baik atau buruk untuk kita belum tentu ianya bermaksud sebegitu. hikmah dari sebalik kejadian itu masih belum mampu kita cakna dengan baik.

satu soalan...
jika kita diberi peluang untuk merubah masa silam, apakah kita yakin kita mampu untuk menjadi manusia yang lebih baik?

tak mustahil , jika kita sentiasa berjaya tanpa gagal kita mungkin hanyut dalam arus nikmat dunia.

No comments:

Post a Comment