Sunday, June 15, 2014

selamat hari bapa 2014

                                               PaPa by Paul Anka
1. sebaris ucapan di atas mungkin tidak membawa makna yang aku benar-benar telah menjalankan amanah aku sebagai anak dengan baik.

2. begitulah juga, dengan pos beserta lagu papa, dendangan paul anka ini juga mungkin hanya sebuah pos tanpa jiwa. tanpa benar-benar memaknai segala apa yang tersurat. mungkin juga hanya sekadar pos ikut-ikutan. hanya kerana orang lain meraikannya. lalu kerana tidak mahu ikut tinggal, pos ini juga dimuatnaik.

3. ibu.ibu.ibu. dan selepas itu barulah ayah. namun itu tidaklah mengurangkan tanggungjawab dan rasa hormat kita kepada figura bergelar ayah itu.

4. aku seorang lelaki dan mungkin suatu hari nanti jika ditakdirkan aku sendiri pula akan berstatus ayah. satu status yang aku sendiri seram untuk memegang amanahnya. lantaran itu, sehingga kini aku masih lagi mengelak untuk jatuh cinta lantaran kesiapsiagaan aku untuk menjadi ayah dan suami orang masih belum cukup mapan.

5. terima kasih abah kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan sehabis baik.

6. corak pemikiran kita memang banyak berbeza dan bukan sekali dua anakmu ini menjadi anak yang penuh dengan jiwa yang rebel. tapi walau sebesar mana pun perbezaan itu, semua yang kau lakukan adalah kerana rasa cinta dan sayang kepada anak-anak.

7. lelaki... kebanyakkannya memang miskin cara untuk mengekpresikan rasa cinta dan sayang kepada orang yang paling dia sayang. isteri dan anak-anak. Kalau bab mengorat sebelum berkahwin itu cerita lain .

8. termasuk juga aku sebagai anak. sejujurnya, aku mungkin akan berasa agak janggal untuk mengucapkan 'Abah, ashy sayang sangat dekat abah' . lagi-lagi bila umur sudah hampir kepada siri 3. aku akui itu memang kelemahan aku. Sangat ironi sebenarnya bila aku mampu untuk menulis sebuah cerpen berkenaan seorang lelaki bergelar ayah tetapi aku tak mampu nak ucapkan secara lisan depan abah aku sendiri.

9. aku tak malu nak mengaku kelemahan aku dan untuk mengaku bahawa aku bukanlah seorang anak yang baik. pada aku lebih baik aku hidup dengan persepsi aku bukan seorang anak yang baik daripada sentiasa merasakan aku sudah buat yang terbaik untuk kedua orang tua aku sedangkan apa yang terbuku di sebalik lubuk hati kedua orang tuaku adalah sebaliknya.

10. Alhamdulillah, Allah masih memberi aku peluang untuk berbakti kepada abah dan mama. aku yakin dan pasti, walau macam mana aku jatuh sekalipun, merekalah yang akan tetap setia untuk terus percaya kepada aku. figura yang akan sentiasa terima aku seadanya.

11. Doakan... andai satu hari nanti aku bergelar seorang ayah, aku juga mampu menggalas tanggungjawab itu seperti yang telah abah lakukan. atau mungkin lebih baik

Bila berdepan tak bisa berbicara lidahku kaku
Jadi inilah hatiku di dalam lagu
Aku tahu dahulu aku sering ingkar
Tahu aku selalu buat harimu sukar
Aku tahu ke arah kau ku tuding jari
Kerna satu aksimu selalu mengguris hari
Aku faham bila kau kurang memahami
Kenapa senang ku ingat susah ku memaafi
Suruhanmu sangat susah aku taati
Ini semua salahku tidak dinafi
Ku pikul dosa-dosaku ke akhir nanti
Kerna mengajar aku inilah cara lelaki
Aku tahu esok lusa kau pasti pergi
Aku tahu kau akan aku kebumi
Ku lakukannya tanpa airmata di pipi
Lihat kau akan hidup dalam anak-anak ku nanti
-aku tahu.altimet.
 P/S: dan kepada rakan-rakan yang ayahnya sudah menerima jemputan Illahi lebih awal, InsyaAllah aku pasti mereka berbahagia di sana melihat anda semua membesar menjadi manusia yang memberi manfaat kepada agama,bangsa dan ummah. al-fatihah untuk mereka semua.

No comments:

Post a Comment