Monday, July 14, 2014

ramalan elnino,ramadhan dan syukur

bismillah,

masih ingat lagi beberapa waktu sebelum kita menyambut ramadhan kita diberitakan akan menghadapi fenomena elnino yang teruk dan kemungkinan bekalan air mungkin dicatu berlanjutan sehingga syawal.

alhamdulillah, kita masih lagi menerima hujan dalam kadar yang baik dan cuaca juga tidak terlalu panas. Bekalan air juga secara puratanya baik di seluruh malaysia kecuali di beberapa tempat di Malaysia yang masih lagi dicatu bekalan airnya secara berkala.

alhamdulillah, Allah permudahkan kita menjalani ibadah puasa yang saya kira sangat selesa berbanding saudara-saudara kita yang mungkin tidak mempunyai nasib sebaik kita. Allah uji mereka dengan ujian kepayahan dan kesesengsaraan sebagai Muslim di bulan ramadhan ini.

namun usah dilupa, bahawa kita di sini pun sedang diuji. kita di sini diuji dengan segala macam nikmat kesenangan. apakah kita mampu menjadi hamba yang bersyukur tatkala kita dikelilingi segala macam jenis nikmat dunia?

hakikatnya kita semua sedang dalam ujian. dan setiap ujian Allah itu sentiasa berbeza di antara hamba-hambaNya. sesuai dengan kapasiti yang mampu di tanggung kita.

Sedarlah wahai manusia, Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh mereka. Sebagaimana firmannya yang bermaksud :

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".(al-Baqarah,286)

Malah Rasulullah SAW sendiri turut menyebut di dalam hadisnya yang bermaksud :

Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka Baginda menjawab:

“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.”
(Riwayat Imam Tirmizi)

err.... cukuplah sampai di sini dahulu, saya dah terlupa apa sebenarnya nak tulis tadi

wallahuallam.

p/s: mohon tegur jika ada sebarang penambahbaikkan. terima kasih

No comments:

Post a Comment