sungguh cantik sepersalinan baju melayu putih itu, buat dipakai di hari pernikahan nanti... eh! silap.. di pagi syawal .
aku tahu, posting sebegini bukanlah sesuatu yang baik. sementelahan pula dengan keadaan isu semasa keadaaan dunia yang sedang bergolak di sana sini.
cumanya aku sekadar ingin berkongsi sedikit kegembiraan hati kerana untuk pertama kalinya setelah lebih dari tiga tahun aku tidak pernah membeli baju baru untuk dipakai di hari raya.
bukanlah kerana kurang berkemampuan, tetapi setelah 'terpaksa' menukar jurusan sarjana muda aku dari kejuruteraan kepada pentadbiran perniagaan, aku terus hilang mood untuk berhari raya.
alhamdulillah, sekarang sudah pun menamatkan pembelajaran dari UIA walaupun telah bertukar dari jurusan asal. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. InsyaAllah, semoga sentiasa diberi peluang untuk menyumbang tenaga dan segala ilmu yang telah dipelajari untuk memperkasakan ummah. masing-masing kita ada cara tersendiri untuk itu. insyaAllah, destinasi kita semua akan tetap sama iaitu keredhaan Allah.
sempena dengan nuzul Al-quran ini sama-samalah kita ambil iktibar dari wahyu pertama yang sampai kepada Rasulullah:
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, – (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, – (4) Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5).” [Surah Al-Alaq (96): Ayat 1-5]
apa pengajaran yang boleh kita ambil dari ayat-ayat ini?
Ayat tersebut menyeru manusia supaya membaca kerana membaca melibatkan proses pemikiran mental yang tinggi serta memerlukan penghayatan pentafsiran dan pengenalan.
melalui ayat ini juga Allah memerintahkan kita untuk berfikir tentang bagaimana alam terjadi dan hikmah atas setiap kejadian dan yang paling penting memikirkan siapakah yang mencipta alam ini.
firman Allah yang membawa maksud “ bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikanmu.” melalui ayat ini Allah telah menjelaskan bahawa apa sahaja yang berada dan kita lihat di sekeliling kita merupakan tanda tanda keujudan dan kekuasaan Allah .
Segala yang berada di sekeliling kita sebenarnya merupakan tanda keujudan pencipta alam ini. malahan juga mengajar manusia bahawa alam dan isinya ini tidak boleh terjadi dengan sendiri tanpa penciptanya iaitu Allah. selain itu ingatlah bahawa segala apa yang kita lakukan, sentiasa kita niatkan kerana Allah.
jangan pernah kita berhenti untuk belajar dan belajarlah walau dengan siapapun hatta jika kita perhatikan dua kanak-kanak bermain pun sebenarnya ada perkara yang kita dapat pelajari jika kita mahu berfikir.
wallahuallam.
p/s: sila tegur jika ada sebarang penambahbaikkan.

No comments:
Post a Comment