saban
tahun menjelangnya bulan ramadhan, akhbar-akhbar utama pasti akan
menyediakan slot khas 'salam perantauan'. sedari zaman sekolah rendah
lagi saya berazam untuk menghantar gambar dan ucapan saya sendiri ke
ruangan berkenaan. ucapan dari perantauan kepada keluarga dan orang
tersayang.
namun mungkin masih belum berpeluang untuk melakukannya lantaran keputusan SPM dahulu tidak melayakkan saya untuk
peluang belajar di luar negara. Namun, Allah lebih tahu apa yang
terbaik buat hambaNya. mungkin kerana pada waktu itu saya mempunyai niat
yang kurang baik. pada waktu itu, saya ada berniat untuk tidak lagi
pulang ke Malaysia dan terus menetap dan berhijrah ke negara lain.
Alhamdulillah, Allah mengurniakan saya dengan sesuatu yang lebih baik
iaitu peluang untuk belajar ilmu dunia,ilmu akhirat serta ilmu kehidupan
di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang juga nama lainnya Taman
ilmu dan budi.
Alhamdulillah, sudah 6 bulan bergelar graduan
dari uia. dan kini insyaAllah semoga akan tetap dapat memegang amanah
menjadi 'torch bearer of the ummah' dan agen perubahan. jujur bukan ada
banyak ilmu, tetapi apa yang kita tahu serba sedikit haruslah dikongsi
bersama ummah. dan yang paling penting kita wajar untuk sehabis baik
menunjukkan akhlaq Muslim yang sebenar. bukan kerana kita pelajar uia,
tetapi kerana ianya adalah tuntutan Islam itu sendiri selain apa yang
kita pelajari dahulu mestilah diamalkan sebaik mungkin.
antara
perkara lain yang menjadi tradisi di negara kita pada bulan ramadhan
ialah majlis berbuka puasa digabung bersama majlis perjumpaan
semula<reunion>
jujur, aku sebenarnya agak segan dan
rendah diri untuk hadir ke majlis seperti itu <Inferiority
complex>. sebabnya, segan dengan teman-teman yang jauh lebih berjaya . sedang aku baru hendak mula belajar bertatih. tambah segan kalau mereka yang belanja .
bukan cemburu, malahan aku senang sekali mendengar perkongsian kisah
hidup dan kejayaan mereka semua. jadi satu motivasi untuk diri. syukur,
alhamdulillah . seronok melihat kejayaan teman-teman, 10 atau 20 tahun
dahulu tiada siapa mungkin akan menyangka mereka akan berjaya seperti
sekarang jika dilihat dari sudut naif dan nakalnya sebahagian dari
mereka sewaktu di zaman dahulu .
setiap kisah itu pastinya mempunyai banyak sisi, jika kita lihat dari
sudut negatif maka jadi negatiflah ia. begitu juga sebaliknya.
p/s: mungkin selepas ini topik anak-anak bakal menajdi tajuk perbualan
dalam majlis-majlis perjumpaan semula. kami yang bujang ini tumpang
mendengar dan ambil nota untuk rujukan di kemudian hari.
No comments:
Post a Comment