Monday, July 7, 2014

sebuah lagu dan muzik video yang mempunyai makna yang sangat besar buat penggemar muzik hip-hop tempatan.

ya, dan aku adalah antaranya. mula mengenali sejak dari tahun awal tahun 2000, ketika mereka masih lagi belum dikenali di arena muzik arus perdana.

dan antara pengaruh dari duo ini jugalah aku mempunyai minat menulis. cumanya ketika itu aku menjadikan menulis lirik lagu rap itu sebagai hobi rahsia. conteng-conteng di buku tulis. hahaha mereka yang mengenali aku pada waktu itu mungkin masih ingat lagi barangkali, bagaimana gaya aku bercakap dan perwatakan aku. jujur aku jadi segan sendiri bila mengenang kisah zaman remaja.

lucu. anak muda terkapai-kapai mencari identiti diri.

walaupun anda bukan penggemar muzik hip-hop ataupun rap, lirik lagu ini sebenarnya adalah sangat bermakna. ianya membahaskan isu seputar pengorbanan bermula dari bawah untuk berjaya dan juga konsep 'brotherhood'.

rasanya, mungkin ada antara kita yang mungkin pernah mengalami situasi seperti mereka berdua. sahabat sejati yang menyepikan diri meninggalkan seribu satu persoalan.

p/s: harap mereka dapat bekerjasama semula. tak ada siapa yang boleh sangkal bahawa gandingan mereka berdua telah banyak merubah 'local scene'
p/s/s: err... ada ke bulan puasa aku boleh buat perbahasan pasal muzik pula. maaf
apa khabar-joe flizzoe 

No comments:

Post a Comment