Friday, July 25, 2014

Perutusan Eid Fitri 1435 Hijrah


<mohon izin walau ramadhan masih lagi berbaki>

InsyaAllah, pagi esok akan bertolak ke Ipoh,Perak.
selepas tahun lepas beraya di kuala lumpur.

tahun kedua juga adik aku beraya di perantauan. jadi masih tidak cukup korum. apa pun masih lagi dapat berhari raya bersama abah dan mama.

ada rezeki sedikit, bolehlah bersedakah duit raya kepada kanak-kanak kecil. kanak-kanak besar rasaya , aku pun segan nak bagi duit raya bersais XS . itu sahaja yang mampu serba sedikit. insyaAllah jika ada rezeki lebih tahun depan bolehlah ditambah peruntukan untuk itu.

bercakap pasal duit raya, aku sebenarnya segan sangat dengan adik aku. sebabnya, pagi hari sebelum dia bertolak semula ke myarmar setelah dua hari di kuala lumpur, boleh pula dia tinggalkan duit raya bersaiz dewasa dekat atas meja aku.

hahaha tercabar ego aku sekejap, macam perli sahaja gaji aku yang kecil berbanding gaji dia yang belipat kali ganda . tapi, insyaAllah adik aku bukan macam itu. walaupun mulut dia 'nakal' sikit tetapi hati dia bukan macam tu. hahaha orang dah bagi duit tu ambil sahaja lah kan

berkenaan hal ramadhan pula, aku sebenarnya terkilan dengan diri sendiri kerana masih lagi tidak memanfaatkan bulan rahmat ini dengan sebaiknya. masih banyak lompong kekurangan. apakah masih punya kesempatan untuk menjadi tetamunya lagi pada tahun hadapan? hanya Allah yang ada jawapanya.

apapun, aku mengingatkan diri aku dan juga teman-teman yang lain agar kita berdoa supaya kita dapat istiqamah amal baik yang kita lakukan disepanjang ramadhan ini ke bulan-bulan lain juga.selain itu, semoga kita juga dapat istiqamah meninggalkan amalan tidak baik yang kita tinggalkan sepanjang ramadhan ini di bulan-bulan lain juga.

kalau tak dapat nak istiqamah semua, harap tak lah tinggal semua.

di kesempatan ini juga saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada semua kenalan FB, baik yang mengenali saya di dunia nyata dan juga yang hanya sekadar bersahabat di fb sahaja. maaf andai ada status dan komentar saya yang mengguris hati dan mengundang salah faham kalian semua.

saya juga ingin berterima kasih di atas semua ilmu,info dan nasihat yang telah saya pelajari dari anda semua. minta halal semua ilmu itu. saya bukanlah jenis orang yang suka melontarkan komentar, tetapi saya sebenarnya membaca, berfikir dan mengambil ibrah dari semua post kalian. bukan apa segan nak komen dekat status orang hebat-hebat seperti anda ditambah pula rata-ratanya kita tidak mengenali secara langsung di alam nyata.

sekian, terima kasih kerana membaca.

Megat Ashyraf Kashakay

p/s: lambat lagi nak raya tetapi terpaksa post awal sebab di kampung belum tentu lagi mendapat capaian internet. tiada niat untuk tidak menghomati ramadhan yang masih lagi berbaki.

No comments:

Post a Comment