Saturday, December 13, 2014

filem tenggelamnya kapal van der wijck dari perspektif aku

usai menonton nashkah filem 'Tenggelamnya kapal van der wijck'
hasil dari garapan adaptasi dari novel yang hebat.

sebuah hikayat cinta yang jauh lebih hebat dan membina dari kebanyakkan hikayat cinta yang mashyur diperkatakan orang di serata dunia.

ternyata hikayat zainudin dan hayati itu jauh lebih hebat dari romeo dan juliet,shah jahan dan mumtaz mahal, laila majnun dan juga majoriti yang lainnya. dan ya jauh lebih hebat dari naskah titanic itu sendiri.

cuma sedikit sayang kerana aku belum bisa ketemu nashkah bukunya karya Buya Hamka. tetapi aku pasti dewasa nanti, aku pasti berpeluang membaca nashkah asalnya. seperti juga kisahnya dengan beberapa adaptasi novel dari Indonesia. aku jatuh cinta dengan filemnya dan tidak lama selepas itu aku terus langsung berkesemptan untuk mendapatkan naskhah novel asalnya.

dan aku yakin, akan ada lebih banyak yang bisa diteladani dari penulisan asalnya lantaran keterbatasan yang terdapat di dalam sebuah karya filem. pasti akan lebih banyak isu dan mutiara kata yang dapat digali dari naskhah asalnya.

dan mengapa ya, filem sebagus ini tidak ditayangkan di bioskop lokal? jika berkelapangan pasti aku akan merajinkan diri untuk menonton.

sebuah kisah cinta terhalang.
dihalang oleh adat dan faktor ekonomi.

namun setelah punya kesempatan untuk bersatu kembali....
ternyata ego seorang lelaki itu terlalu teguh berdiri temboknya....
dan tidak lama selepas itu dia terlanjur kesal dengan keputusan yang telah diambilnya....
ingin mengejar kembali menyulam cinta yang belum kesampaian.
namun,...cinta juga adalah satu makhluk yang yang dicipta Tuhan.
makanya.... pada kapan pun Tuhan akan mengambilnya kembali....
jujur.

sebak ketika tiba di babak hayati meminta zainudin membacakan kalimah syahadah di telinganya.

jika bisa dipilih perkataan yang paling kompleks definisinya.... maka perkataan itu pastinya adalah "cinta"

dan tiada manusia mana pun yang bisa bilang bahawa dia itu yang paling jaguh dalam membicarakan soal cinta.

mungkin sahaja dia itu masih belum benar-benar diuji dengan cinta
mungkin sahaja dia itu adalah orang yang sentiasa sahaja gagal mengejar cinta.
mungkin sahaja dia itu hanya jaguh dalam soal bicara tetapi dialah yang paling pengecut mengejar cinta dan mengakui isi hatinya.
mungkin....
mungkin....
mungkin.....

sesalan itu sering sahaja datangnya terkemudian.
fikir sebelum bicara.fikir sebelum bertindak.
kita mungkin tidak akan pernah tahu apa yang terluncur dari bibir itu punya daya yang hebat untuk membunuh emosi dan harapan orang lain.

dewasa nanti,kita mungkin mampu menarik kembali apa yang pernah kita perkatakan dengan sebuah ucapan 'maaf', tetapi percayalah luka bisa berhenti berdarah tetapi parutnya akan tetap ada dan sesekali di malam sepi seolah terasa parutnya berdenyut bisa.

sentiasalah bersyukur dengan apa yang telah dikurnia sebelum kehidupan mengajar kita apa yang kita patut syukuri setelah ia tiada.

wallahuallam

p/s: aku masih gigih mengejar cinta cuma waktu yang belum tiba selain aku sendiri belum pasti di mana destinasi cintaku. dan maaf atas segala jawapan kliseku setiap kali diaju persoalan cinta. kerana aku sendiri masih mencari jawapan untuk diriku sendiri.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka.

No comments:

Post a Comment