Saturday, December 13, 2014

keluh-kesah hati

dalam waktu seusia ini sejujurnya ada ketikanya terlintas di hati untuk menyesali banyak pilihan yang pernah dibuat sebelum ini.

sepatutnya aku mampu buat pilihan yang lebih baik.
bagaimana ya keadaan hidup aku sekarang jika pilihan itu yang aku ambil?

adakah pilihan yang aku telah ambil ini adalah yang paling tepat dan yang terbaik buat aku?
sungguh kapasiti sebagai manusia ini sangat terbatas kemampuan pancaindera dan akalnya.

dua hari lepas adik aku bertanya sebuah soalan yang sedikit menyentak jiwa.

"setiap pagi abang akan menonton rancangan motivasi pagi di tv3. sejauh mana kehidupan abang bermotivasi?"

bagaikan berada di ruang vakum buat seketika.
sepi tanpa ada sebarang bunyi.

entah..... aku sendiri susah nak bagi jawapan tu.

yup, kita mungkin banyak membaca buku motivasi.
yup, kita mungkin banyak menonton rancangan motivasi.
yup, kita mungkin juga mampu memotivasikan orang lain.

tetapi sejauh mana kita mampu memotivasikan diri sendiri?

motivasi di depan khayalak....
motivasi bila bersendiri di kamar sepi....

tersurat.
tersirat.

dan bila usia semakin meningkat bilangan angkanya akan ada kecenderungan untuk seorang insan itu menjadi seorang yang suka merungut dan berkeluh-kesah.

dari sebesar-besar perkara membawa kepada sekecil-kecil perkara.

tapi sebenarnya bila muhasabah diri,termenung.... memikirkan segala dari pelbagai perspektif. kita akan sedar bahawa kita ini hanya merancang dan hanya Allah lah yang sebaik-baik perancang.

Kita sering mahukan hari yang cerah….
Tetapi Allah lebih mengetahui, hakikatnya hujan perlu diturunkan…

Kita sering inginkan kebahagiaan…..
Jauh sekali akan kesusahan…

Tetapi Allah lebih mengetahui kesusahan itulah yang mengajar erti kehidupan…
Kita sering menginginkan ketenangan…..
Hakikatnya diri ini penuh dengan dosa dan kejahatan.

Kita sering mempersoalkan, Ya Allah, kenapa semua ini terjadi pada kita sedangkan hati ini tidak menginginkannya ?, kenapa berat sangat ujian ini ? dan bagaimana untuk kita menghadapi semua ini ?

Sungguh Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya bahkan kita sendirilah yang banyak menzalimi diri dengan melakukan dosa-dosa.

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud dan hikmah tertentu.

Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mudah melatah. Terasa Allah tidak adil,sengaja hendak menyusahkan kita.
Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam dan mudah buruk sangka. Yang paling ditakuti ialah kalau hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya.”
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

'wake up call'
moga-moga akan lebih istiqamah.

jika tidak di isi hati yang kosong dengan perkara yang baik, maka perkara yang bruk akan segera memenuhi segala ruang yang masih bersisa.

wallahuallam.

1 comment:

  1. How to make money with crypto. casino.com
    A list of all the casino online casinos that have the cryptocurrency. casino.com. You can choose from 샌즈카지노 a range of หาเงินออนไลน์ different slots, table games, and other worrione

    ReplyDelete