Saturday, December 20, 2014

Perkongsian secebis pengalaman temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik PTD 2014

seperti yang tertera di dalam surat tawaran temuduga, aku bertolak ke pusat temuduga SPA di jalan cenderasari <berdekatan kawasan belakang masjid negara>seawal pukul 7 pagi lagi. Sewaktu sampai di sana kelihatan baru ada seorang calon wanita yang hadir. tidak lama selepas itu barulah sampai beberapa calon temuduga lain.

sementara menunggu waktu mendaftarkan diri, sempat juga berkenalan dan beramah mesra bersama calon-calon bakal ptd yang lain. kesemuanya datang dari latar belakang yang berbeza, dan tidak kurang juga calon yang sudah pun mempunyai pekerjaan yang berpendatapan lumayan di sektor swasta juga turut hadir untuk sama-sama merebut peluang menjadi seorang PTD.

ujian pertama pada pagi itu ialah menulis esei bahasa melayu. formatnya adalah, calon diminta untuk memilih salah satu daripada soalan esei dan menulis sebanyak mana di dalam sela masa 30 minit. soalan-soalannya adalah seputar isu semasa dan umum.

aku tadi diberi pilihan soalan berkisar isu pembangunan sukan dan aspek ekonomi komuniti luar bandar. rasanya mesti kawan-kawan aku dapat teka soalan mana yang aku pilih.

arakian, calon-calon diminta pula untuk menjawab soalan esei di dalam bahasa Inggeris dengan format karangan yang sama seperti esei bahasa melayu. pilihan tajuk yang aku dapat ialah beriksar tentang keselamatan jalan raya dan juga bola sepak. huhuhu sekali lagi mesti kau tahu yang mana aku akan pilih.

alhamdulillah sempat memulis karangan dengan baik walaupun masa yang diberikan sangat singkat.30 minit bagi setiap esei. Cuma yang menggusarkan aku ialah berkenaan tulisan tangan aku yang sangat 'authentic' dan tersendiri. belum ada lagi mana-mana 'font' di aplikasi komputer yang mampu menyamai bentuk tulisan tangan aku hahaha. semoga pemeriksa kertas aku diberikan kesabaran yang tinggi semasa menanda kertas esei aku.ameen.

seterusnya, kesemua calon perlu menjalani ujian fizikal selepas tamat ujian menulis esei. tetapi bukanlah ujian kecergasan yang memerlukan calon berlari atau sebagainya, hanya berat badan dan ukuran tinggi yang diambil bagi menentukan BMI. segan aku bila angka yang tertera di penimbang berat itu di baca dengan kuat oleh petugas temuduga. terlebih sikit bacaan BMI aku. perlu kurangkan berat badan sehingga 67 kg sahaja. berat badan semasa......shh!!! beza sikit sahaja . percayalah sikit sahaja..... :-)

kemudian barulah berlangsungnya sesi temuduga.

jika mengikut waktu yang tertera di surat tawaran, sepatutnya aku hanya akan ditemuduga pada jam 4 petang tetapi sejurus selepas habis ujian fizikal terus sahaja kesemua calon dipanggil ke bilik pendaftaran bagi tujuan mengambil angka giliran temuduga dan juga menyemak ke semua dokumen yang dibawa,

0204 bilik B.
itulah yang tertera di kertas pendaftaran yang aku terima.
orang ke empat.

tok..tok....Assalamualaikum Tuan Haji ....... boleh saya minta izin masuk?
di dalam bilik temuduga itu ada dua panel temuduga. seorang panel ialah pengerusi temuduga yang  namanya sudah tertera di surat tawaran kita sementara seorang lagi panel adalah wakil dari jabatan.

pertama sekali aku diminta untuk perkenalkan diri di dalam bahasa Inggeris.

bla...bla...bla... cerita berkenaan latar belakang, kursus yang di ambil di universiti, pengalaman berpesatuan, pengalaman kerja dan beberapa lagi perkara yang dirasakan relavan.

medium bahasa untuk temuduga selanjutnya bertukar kepada bahasa melayu.

sebelum aku bercarita lebih lanjut, mesti ramai yang merasakan apa sebenarnya yang akan di tanyakan oleh penemuduga bagi jawatan PTD ini? adakah soalan yang diajukan adalah rawak sahaja?

sebenarnya soalan yang bakal diajukan kepada calon bukanlah terlalu rawak bentuknya. secara ringkas cuma ada lebih kurang empat soalan standard yang diajukan pada permulaan temuduga yang bakal menentukan soalan-soalan selanjutnya. justeru itu jika kau sudah bersedia dengan jawapan yang tepat dan padat untuk empat soalan ini, sebenarnya kau mungkin sudah boleh membuat persiapan untuk soalan-soalan lanjutan yang bakal diajukan.

antara tiga soalan standard itu ialah:
a) apa yang kau faham tentang jurusan yang diambil semasa belajar dahulu dan kaitannya dengan jawatan ptd.
2) kenapa kau memilih untuk menjadi ptd?
3) jika terpilih menjadi ptd, di kementerian manakah kau ingin bertugas dan kenapa?
4) pengalaman kerja semasa dan apa kaitannya dengan jawatan ptd?

soalan-soalan lanjutan adalah berdasarkan kepada empat soalan teras di atas. bagaimana kau menjawab empat soalan di atas bakal menentukan corak dan aliran soalan temuduga tersebut.

sebagai contoh....

a) soalan akan ditanya berkenaan teori dan terma yang berkaitan jurusan yang kita ambil dan kaitan dengan tugas ptd<dalam bentuk aplikasi>.

b) kenapa 'perkara' itu membuat kau memilih untuk menjadi ptd? apa yang kau faham tentang 'perkara' itu.

c) jika kau memilih untuk kementerian x, kau mesti ada alasan yang kukuh kenapa kau pilih kementerian itu. aku memilih untuk bertugas di wisma putra. nak bertugas di kedutaan dan belajar budaya negara orang lain. dan kau mesti tahu membezakan duta dan pesuruhjaya tinggi serta bidang tugasnya. soalan ini akan ditanya jika kau memilih wisma putra seperti aku.

d) calon juga perlu membuat sedikit penyelidikan berkenaan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan kementerian yang kau pilih dan juga yang berkaitan denagn jurusan yang kau belajar dahulu.

e) apa pengalaman kerja kau sekarang yang mampu memberi nilai tambah jika kau terpilih untuk menjadi ptd

waktu temuduga adalah sekitar 20 hingga 30 minit.

oh ya, sebab aku budak uia, maka tak dapat lari apabila diajukan soalan asas berkenaan agama islam.

sila nyatakan rukun iman......sebagai umat islam wajib tahu jawab dengan baik , tak semestinya sebab kau budak universiti Islam sahaja.

P/s: Hari ini sebenarnya ada dua perkara penting yang berlaku di dalam hidup aku. tetapi satu perkara lagi , aku tidak dapat kongsikan di laman fb untuk menjaga sensitiviti pihak tertentu dan bagi mengelakkan fitnah. hanya doa yang aku mampu titipkan buat kedua-dua perkara penting tersebut. perkara pertama berkenaan masa depan aku manakala perkara kedua berkenaan masa depan seseorang. semoga Allah kurniakan segala yang terbaik.



No comments:

Post a Comment