Tuesday, December 30, 2014

hari terakhir di tahun masihi 2014.

hari terakhir di tahun masihi 2014.

transisi dari 31 desember 2014 ke 1 januari 2015 hanyalah sebuah perbezaan sela masa 24 jam. tiada apa yang jauh berbeza atau terlalu istimewa. apa yang pasti jumlah usia semakin berkurangan bakinya. 

apa pun hakikatnya terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang 365 hari ini.

ada suka.
ada duka.

namun semuanya memberikan pelajaran yang sangat berharga kepada diri ini. ada hikmahnya yang terus sampai pada waktu kejadian berlaku. ada juga hikmahnya hanya berjaya dicakna selepas beberapa ketika. tak kurang juga hikmah yang masih belum tersingkap hijabnya.

belajar.fikir.amal.sebarkan.

terkadang kita belajar tetapi malas berfikir.
terkadang kita belajar dan berfikir tetapi tidak mengamalkan.
terkadang kita belajar,fikir dan amal tetapi tidak pula menyebarkannya.

semuanya saling terkait.
bagai benang-benang merah.
bagai rangkaian sarang labah-labah.
hilang satu elemen maka pincanglah ia.

antara perkara menarik yang berlaku sekitar hidup aku sepanjang tahun ini ialah:-

1) menamatkan degree di dalam jurusan pentadbiran perniagaan setelah jodoh yang tidak kesampaian bersama jurusan kejuruteraan bahan.

2) mula bekerja di sebuah kementerian sebelum mendapat pekerjaan tetap di sebuah syarikat it

3) temuduga PTD. pengalaman yang menarik.

4) majlis graduasi. majlis ini bukanlah untuk aku sebenarnya tetapi rasa bahagia apabila dapat melihat wajah kepuasan ayah dan bonda. terima kasih kerana tak putus asa berdoa dan memberikan harapan. sedih dan sayu hati mengenangkan betapa 'rebel'nya aku sebagai anak. banyak dosa dengan mereka. justeru itu, peluang melihat kebahagaian dan kepauasan di wajah mereka adalah satu nikmat yang sukar aku tafsirkan.

5) alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi apabila aku mendapat perkhabaran berkenaan majlis walimatulurus seorang teman. yup, bukan sekadar teman biasa. seorang teman yang aku pernah jatuh hati dan menyimpan rasa.atas pelbagai faktor aku tak berani nak luahkan segala apa yang terpendam. aku bersyukur dia dah ditemukan dengan jodoh yang terbaik buat dia insyaAllah.

6) aku dah ada lesen memandu hahaha.

-------------------------

2015.
bab baru dalam kehidupan.

aku akan lebih fokus kepada peningkatan kerjaya,pengurusan kewangan dan

juga berusaha menjadi lelaki yang lebih baik.

lelaki yang lebih baik untuk diri sendiri.
lelaki yang lebih baik untuk ibu dan ayah.
lelaki yang lebih baik untuk sahabat handai.
lelaki yang lebih baik untuk ummah.
lelaki yang lebih baik untuk bakal isteri.
lelaki yang lebih baik untuk anak-anak.


kahwin?

kalau ada rezeki tu adalah, kalau belum rezeki pun tidak mengapa.
yang penting ditemukan dengan orang yang tepat, pada masa yang tepat dan sebab yang tepat.



No comments:

Post a Comment