aku memang suka menulis, sejak dari bangku sekolah rendah lagi. mohon izin, dan aku rasa karangan aku dulu boleh kira luar kotak budak seusia aku juga. aku cuba lari isi karangan yang tipikal seperti yang boleh dicedok dikebanyakkan buku contoh karangan. mohon izin untuk perasan
kebiasaannya sumber idea aku ialah dari buku-buku yang dibaca, pengamatan gelagat manusia dan alam sekeliling dan imaginasi aku sebelum tidur.
tapi itu cerita masa buat karangan masa zaman sekolah. kini apabila sudah sedikit dewasa, aku masih lagi minat menulis cuma mediumnya sahaja yang berbeza. sekarang lebih mudah untuk menulis di ruang facebook dan blog. <sudah tidak lagi menulis di forum 'itu'>
ada kawan-kawan yang rapat mengusulkan untuk aku menulis secara serius.malu aku dibuatnya. merah pipi dengan suhu meninggi kesuaman. hahaha aku sendiri sebenarnya segan dengan apa yang aku pernah tulis.
ini kerana tidak semuanya aku mampu kotakan bagai dikata. 'walk the talk'. memotivasikan dan menginspirasikan orang lain? aku sendiri pun bergulat dengan perasaan galau yang tak jemu menerjah hampir saban hari. terkadang menjadi juara dan terkadang pula tersungkur di sudut gelanggang. tak kurang juga terus berlalu tanpa sempat berpencak. cuba cari jalan selamat.
tapi seperti biasa, 'no pain no gain'. tanpa menghadapi masalah kita akan kekal statik. tiada penambahbaikan. ibarat air di dalam lopak, lama kelamaan akan menjadi kotor lantaran menanggung mendak yang banyak.
menulis di facebook dan blog itu lebih dari sekadar hobi bagi aku. ianya lebih kepada peringatan dan nasihat buat aku sendiri juga buat mereka yang ingin mengambil ibrahnya<jika ada perkara baik di dalam tulisan tersebut>.
tetapi untuk menulis dan orang membayar untuk membaca tulisan aku itu belum sampai lagi kualiti yang cukup bagi aku. namun , aku pernahlah berangan hasil tulisan aku tersiar di laman 'terfaktab' atau 'terfaktabzine' . hahaha mimpi dalam angan.
deklarasi 2015? entah.... yang pasti tahun 2014 penuh dengan elemen kejutan emosi bagi aku. bercampur baur segala rasa hingga hampir meletuskan supernova. ececeh! metafora melampau. dan untuk tahun 2015 aku serahkan juga segalanya kepada sang khaliq, kita ini cuma sang Salik. yang pasti cuba yang terbaik agar hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.
wallahuallam.
salam jumaat.
jangan lupa baca alkahfi.
No comments:
Post a Comment