Tuesday, December 23, 2014

perlumbaan tikus dan qanaah.

semalam sampai rumah dalam jam 2015.

rumah masih bergelap menandakan tiada penghuninya.
ayah sedang 'on call' di hospital. bertugas sebagai pegawai rekod.
ibu sedang 'overtime' di pejabat. keadaan biasa bagi bahagian kewangan di hujung tahun.

perkara kedua yang terlintas di kepala aku selepas melangkah kaki ialah.... penatnya jasad bila balik ke rumah tiada sesiapa yang ada. hanya seorang. masak seorang. makan seorang.
dan ketiganya.

ibu dan ayah juga pastinya akan lebih penat bila pulang menjelang 12 malam, anak pula dah masuk tidur.

kadang-kadang aku terfikir.... kita bekerja untuk kelangsungan hidup atau kita hidup untuk bekerja?
persoalan yang ironi. terutamanya kepada rakan-rakan yang mengenali aku sebagai seorang yang 'agak materialistik'. agak....

kita bekerja lebih dengan anggapan lebihan kewangan di penghujung bulan itu akan mampu membuatkan keluarga kita bahagia. tetapi dalam masa yang sama, kita semakin kekurangan waktu berkeluarga untuk diluangkan bersama.

bukan aku nak menuding jari kepada sesiapa.
hakikatnya, majoriti kita terperangkap di dalam 'perlumbaan tikus'.
termasuk aku juga.

kebebasan kewangan itu satu terma yang sangat subjektif. mempunyai baki terakhir di dalam akaun bank yang susunan nombornya sama banyak dengan nombor telepon belum tentu bermakna kita mencapai kebebasan kewangan. mempunyai pendapatan pasif 4 atau 5 angka, kedengaran begitu mengujakan. kau tipu kalau kau tak tak teruja. tapi adakah itu yang dinamakan kebebasan kewangan?

entah aku sendiri pun tidak punya jawapan yang konkrit.

tetapi aku percaya pada konsep qanaah.

Sifat qanaah ialah ‘merasa cukup’ dengan apa yang dimiliki sebagaimana yang dikurniakan oleh Allah bagi memenuhi keperluan hidup sama ada berupa makanan, pakaian atau sebagainya.
tetapi masalah bagi ramai dari kita termasuk aku ialah sukarnya nak didik hati untuk merasa cukup. ditambah pula dengan perasaan 'insecure' yang tak bosan berkunjung tiba.

suka aku nak petik kata-kata imam nawawi, qanaah ialah: “Puas dengan apa yang dimiliki tetapi tetap berusaha gigih, serta mempunyai sifat luhur dan ‘afaf; iaitu enggan meminta-minta, berlaku sederhana dalam kehidupan dan berbelanja serta mencela (mengelak) meminta-minta tanpa keadaan darurat (keperluan mendesak).”

Namun begitu, ia tidak bermakna kita perlu berhenti berusaha dan berikhtiar mencari kekayaan kerana semata-mata merasa cukup dengan apa yang ada. Itu bukan sifat qanaah yang diajar oleh Rasulullah SAW tetapi sifat malas yang membawa kemunduran hidup serta fitnah kepada Islam yang dianggap menghalang kemajuan.

wallahuallam.

p/s: tahun 2015 ialah tahun menabung dan ikat perut. ashyraf, sila fikir sepuluh kali sebelum berbelanja besar dan minimumkan keperluan yang lain.

No comments:

Post a Comment