doa lewat bibir dan hati.
dan tidak hanya lewat papan kekunci.
jika tidak tahu duduk perkara yang pasti.
lebih baik diam diri.
usah jadi bahan bakar menyemarak api.
ada sang 'politikus' bobrok mahu menangguk air keruh.
tak kurang juga ada 'agamawan' gila mahu jadi 'tuhan'
sang konspirator amatur juga tak mahu mengalah terus berteori.
tidak dilupa juga kepada bidan terjun menjadi wartawan menyebar berita tanpa usul periksa.
apa kita tergolong dalam golongan di atas?
apa mungkin kita melakukannya di bawah pengaruh minda separuh sedar.
ya, aku tahu kita semua prihatin.
tak salah pun.
malah ia bukti kita ini masih lagi bersifat insani.
dan tidak hanya nafsi nafsi.
tapi matlamat dan niat tidak mampu menghalalkan cara.
empathi.
cuba duduk dalam diri mereka.
lalu cuba untuk memahami.
jika kamu berada di tempat mereka
atau mungkin sebahagian ahli keluarga.
apa kamu senang dengan segala spekulasi?
apa kamu tenang dengan berita-berita tidak pasti?
biar jauhari dengan tugas-tugas mereka
kita doakan sahaja keberhasilannya.
aku pasti mereka telah,sedang dan akan melakukan yang terbaik.
apa pun semuanya disandarkan kembali kepada Sang Pencipta.
kita hanya peminjam amanah sahaja.
No comments:
Post a Comment