Friday, March 14, 2014

aduhai, dunia makin gila.


aku ingat sindrom 'diorang kenal siapa' 'itu budak-budak aku' 'kau tak tahu berapa besar pengaruh aku' cuma ada di kalangan sesetengah orang yang tak berapa nak matang sahaja.

tapi ternyata aku silap. ada yang jauh benar berusia juga masih ada yang berperangai begitu.
apa kamu berfikir dengan berkata hal-hal yang demikian bakal membuatkan kamu dihormati dan disegani? atau khayalak akan gentar dan tunduk takut kepada kamu?

hahaha sesungguhnya kamu hanya menjadikan diri kamu sendiri sebagai bahan lelucon khayalak.
ya, aku menghormati atas usia kamu yang sudah lanjut. aku juga menghormati kamu atas dasar ilmu dan juga pengalaman yang ada di dada kamu.

tapi sayang, maaf aku tak mampu nak menghormati kamu atas dasar personaliti dan akhlaq kamu. ya, aku tidak menghukum kamu dengan apa-apa status pun, cumanya kata-kata kamu sendiri yang menghukum hal-hal yang kurang enak berkenaan kamu sendiri.

tidak kiralah apa jua status yang kamu atau pengikut kamu yang meletakkan ke atas kamu.

kamu bilang, kami sebagai anak muda yang masih berhingus , usah masuk campur dengan urusan orang-orang tua. tapi seperkara yang kamu mungkin terlupa, umur dan ilmu belum tentu lagi mematangkan peribadi seseorang. kamu itu, seperti kami juga, bukan maksum orangnya. jadi kita ini tidak terlepas dari membuat kesalahan.

atau mugkin ego kamu rasa tercabar dengan teguran anak muda?

wallahullam

No comments:

Post a Comment