sejujurnya.... malam ini aku hampir-hampir menitiskan air mata ketika menonton paparan berita mengenai kecemerlangan adik-adik yang baru sahaja mengambil keputusan perperiksaan spm.
memang tak ada seorang pun yang ada kena mengena dengan aku tetapi yang buat aku sayu dan syahdu ialah wajah-wajah kegembiraan yang jelas terpancar di wajah ibu bapa setiap pelajar tersebut.
ya, ada sedikit rasa hampa lantaran aku tak mampu nak hadiahkan perkara yang sama kepada kedua ibu bapa aku pada ketika itu.
tapi, alhamdulillah kerana Allah berikan peluang itu kepada adik lelaki aku.
dan aku juga bersyukur kerana diterima masuk ke UIA. taman ilmu dan budi yang membuat aku menjadi manusia dan muslim yang lebih baik. torch bearer of the Ummah. insyaAllah. siapa tahu jika keputusan aku adalah jauh lebih baik mungkin sahaja aku menjadi manusia yang kurang elok daripada sekarang. oh ya, sekarang pun masih jauh dari elok. cumanya kita tahu bagaimana untuk kita sentiasa memperbaiki diri ini. insyaAllah.
insyaAllah, tahun hadapan adik bongsu aku pula akan menduduki spm. Semoga Allah berikan kesempatan kepada dia untuk membahagiakan kedua ibu bapa kami. ini kerana aku tahu dia benar-benar layak untuk itu.
antara kami empat adik beradik, dialah yang paling rajin belajar. pada wal tahun dahulu, ibuku telah menasihatkan dia agar mengambil sains tulen dan bukannya bidang agama yang mempunyai bahasa arab. ini kerana ibuku berpendapat, nanti susah nak dapat straight A.
tapi alhamdulillah, adik aku mengikut nasihat aku. teruskan sahaja ambil bahasa arab itu. 'A' atau tidak itu bukan soalnya bagi aku. apa yang lebih penting ialah kita dapat menguasai intipati sesuatu ilmu tersebut. tambahan pula, subjek alquran sunnah dan syariah islamiah merupakan nilai tambah ilmu yang sangat baik disamping mata pelajaran konventional.
rezeki kita ada pada Allah. bukan pada 'A' yang ada di transkrip kita. 'A' yang tertera di selembar kertas itu hanyalah 'bukti' fizikal yang menunjukkan bahawa pemilik selembar kertas itu bijak orangnya. sedangkan, pada hakikatnya... belum tentu lagi.
suka saya berpesan pada diri saya sendiri, jangan berhenti belajar sesuatu yang baharu. dan belajar lah seikhlas mungkin kerana Allah. walau mungkin selembar kertas itu tidak mampu menjadi indikator yang adil buat kita, tetapi yakinlah bahawa ilmu yang kita timba itu akan menjadi sesuatu yang bermanfaat buat agama,bangsa, negara, masyarakat, keluarga dan diri kita sendiri.
tak ada sesiapa yang dilahirkan bodoh, cuma mungkin kita masih tidak tahu apa kepandaian kita dan mungkin juga tidak menghargai kepandaian yang kita miliki.
learn, unlearn, relearn.
To succeed today you must be in a constant state of adaptation – continually unlearning old ‘rules’ and relearning new ones. That requires continually questioning assumptions about how things work, challenging old paradigms, and ‘relearning’ what is now relevant in your job, your industry, your career and your life.
Learning agility is the name of the game. Where the rules are changing fast, your ability to be agile in letting go of old rules and learning new ones is increasingly important. Learning agility is the key to unlocking your change proficiency and succeeding in an uncertain, unpredictable and constantly evolving environment, both personally and professionally.
wallahuallam.
p/s: okay,paling jujur.... sebenarnya tidak patut ada perkataan hampir-hampir dalam perenggan pertama.
No comments:
Post a Comment