tersentuh hati saya sebagai anak sulung. cuma dalam kisah saya, mama yang garang dan abah pula yang agak memanjakan kami adik-beradik. ya, dari saya di lahirkan sehingga saya berumur 10 tahun lebih banyak dibesarkan oleh emak seorang diri kerana abah bertugas di tanjung malim, perak sementara kami anak beranak yang lain duduk menetap di kuala lumpur dan hanya pulang dua minggu sekali<masa tu lebuh raya masih belum ada dan kos perjalanan juga agak tinggi>.
masih segar lagi di ingatan segala jerih perih mama membesarkan kami di tengah-tengah kota metropolitan ini. ketika itu keadaan ekonomi kami sekeluarga bukanlah seperti sekarang, jadi banyak benda yang mungkin sedikit kekurangan dari segi keselesaan hidup. masih terngiang-ngiang kata-kata mama saya, "mama tak mampu nak beri korang semua harta, tapi mama akan sentiasa cuba berikan yang terbaik untuk pelajaran korang" . dan ya, walaupun kami bukan orang senang, mama akan sentiasa memberikan kami pakaian dan keperluan sekolah serta pelajaran yang terbaik yang mampu dia berikan. itu termasuk kos tuisyen aku yang agak mahal di sebuah tempat tuisyen terkenal di tambah lagi kos pembelajaran aku di British counsel . untuk soal belajar mama memang tak akan pernah berkira.
aku berdoa agar aku sentiasa diberikan kesempatan untuk berbakti kepada abah dan mama. walau aku tahu aku bukan seorang anak yang baik. aku ni walaupun jenis yang paling menurut, tetapi aku juga yang paling keras hati antara semua adik-adik aku. bila tiba masa tertentu aku tak bersetuju dengan sesuatu, aku punya memberontak tu, aduhai...... semoga sentiasa dimaafkan atas segala ketelanjuran.
nak berceloteh panjang lagi tetapi nak bertolak dah ke teluk intan pada pagi ini.
dikongsikan dari fb
Mdm Fauziah Mohd Noor
Perkongsian dari Status Update oleh Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
Kenapa perlu bertegas dengan anak sulung.
""Abah saya seorang yang garang dan tegas. Umi tak pernah berani melawan kata-kata abah. Segala yang abah kata akan dituruti. Sebagai anak sulung kepada tiga adik-beradik, saya sentiasa dimarahi abah tatkala melakukan kesalahan dan terlupa waktu sembahyang atau tergesa-gesa untuk solat tatkala terlupa waktu ketika bermain dengan jiran-jiran.
Pada satu hari, saya balik bermain bola selepas waktu maghrib. Jam saya rosak akibat hujan rosak. Sesudah sampai rumah, abah menunggu dengan rotan. Saya mengigil setiap kali melihat abah memegang rotan. Umi pula tidak berani melakukan apa-apa. Matanya bergenang dengan air ingin menyelamatkan anaknya daripada sebatan abahnya, tapi tidak terdaya. Setelah meronta disebat dua-tiga kali oleh abah, saya bergegas mengambil air sembahyang dan solat.
“Jangan solat express, kerana di depanmu tu Tuhanmu,” kata abah dengan tegas dan garang.
Begitu juga setiap kali saya mendapat keputusan peperiksaan yang tidak mencapai standard abah, saya akan ditekan dan dimarahi abah. Adik-adik yang terlihat peristiwa itu akan cepat-cepat balik ke bilik belajar kerana takut perkara yang sama menimpa mereka.
Satu hari, abah perlu ke luar negara selama seminggu. Masa itu juga cuti sekolah, hanya tinggal umi dengan anak-anaknya. “Umi, abah tak sayang Mi ke? Mengapa abah selalu tegas sangat pada Mi?” tanya saya.
“Mi tak boleh sangka begitu pada abah. Abah paling sayang kat Mi, sebab itu juga paling garang kat Mi, kerana Mi anak sulung, anak kebanggaan abah. Abah nak Mi jadi contoh pada adik-adik. Asal Mi baik, adik-adik pun akan jadi baik. Umi suka manjakan Mi dan adik-adik, sebab itu abah perlu tegas, kalau tidak, rosaklah Mi dan adik-adik,” jawab Umi.
“Kalau begitu, Mi tak nak abah sayang paling banyak. Abah boleh sayang adik. Mi rela kurang sayang daripada lebih marah. Umi sayang abah ke? Umi selalu nampak takut pada abah,” tanya saya lagi.
“Jangan fikir begitu Mi. Umi sayang kat abah. Banyak benda yang Mi tak nampak masa ini. Jangan fikir bukan-bukan. Masa krisis baru boleh menilai seseorang, waktu biasa kita tak nampak,” jawab Umi.
Masuk hari keempat, Umi dan saya tersilap makan. Kami dihantar jiran masuk ke klinik, dan kemudian dihantar pulang untuk berehat di rumah. Kami tidak memaklumkan pada abah. Tetiba, abah muncul di rumah pada keesokan pagi. Muka abah letih, penat dan tidak cukup tidur.
Abah terus ke kamar umi dan membelai kepala umi. “Sakit lagi ke?” tanya abah. Umi meminta secawan teh panas. Abah terus ke dapur untuk membuatkan teh panas. Sebelum tiba ke dapur, abah masuk ke bilik saya menjenguk anak sulungnya.
“Mi rasa macam mana?” kata abah sambil membelai perut saya. Melihat wajahku yang pucat, mata abah menjadi merah, “Abah sayang Mi. Mi akan sembuh. Jangan bimbang abah ada di rumah.”
Kata-kata abah menusuk jiwa. Terasa abah memang menyayangi saya. Abah terus ke dapur dan kembali membaca dua cawan teh panas untuk umi dan saya. Selepas abah menyuapkan teh menggunakan sudu kecil untuk umi, abah datang melakukan perkara yang sama pada saya.
Abah dengan penuh sabar meniup dan menyuapkan habis secawan teh pada saya. “Mi rasa selesa sikit? Nak lagi teh ke?” tanya abah. Saya hanya mampu menggeleng kepala. “Umi nak makan bubur ayam, Mi nak bubur?” tanya abah dan saya mengangguk.
Selepas umi dan saya sembuh, segalanya kembali seperti biasa. Abah balik menjadi abah yang tegas. Satu hari saya dirotan lagi oleh abah. Umi datang membisik…
“Ingat masa Mi sakit, siapa yang paling sakit sebenarnya? Abah. Masa umi sakit pun, abah sebenarnya yang paling sakit. Bila pernah Mi jumpa abah buat teh? Cawan teh dan bubur itulah tanda kesayangan abah. Sekarang fikir pula, Mi kena rotan sakit, siapa sebenarnya yang paling sakit?” kata umi.
Wahai anakku,
Kadangkala aku terpaksa tegas padamu, bukan kerana aku membencimu, tapi terlalu sayang padamu dan takutmu terjatuh dan tergelincir dalam kehidupanmu. Aku terlalu ingin memanjamu, tapi aku terlalu bimbang aku menjadi terlalu sayang sehingga tidak lagi dapat menegurmu walaupun kamu tersilap. Setelah kamu mempunyai anak, kamu akan faham dan dapat melihat kesayangan dan air mata yang mengalir ke hati di sebalik setiap kata-kata marah dan rotanku.""
Nota Saya:
Anakku Amir Zuhdi Sabarudin, angah lah anak lelaki sulung ibu. Ro Mo No Prudential, bila kak jah baca pos Tuan Ibrahim Tuan Man, kak Jah teringat peristiwa kak Jah menyebat kaki hang, kaki adik Lia dan kaki Allahyarhamhu adik kak Jah Muhammad Shahrom kerana bermain di tengah hujan yang diselangi guruh dan kilat. Kak jah bukan membenci kalian, tapi semua itu kerana kasih sayang yang tidak pernah berhenti mengalir utk kalian adik2 kak Jah. Cikgu Bib, kak Jah juga masih ingat, bagaimana hang menangis kerana dijerkah semasa kak Jah mengajar hang baca al-Quran. Tapi kak Jah tahu, adik2 kak Jah faham, cara kak Jah mengasihi adik2 kak Jah.
Wassalam
No comments:
Post a Comment