Saturday, March 29, 2014

sahabat.kawan.teman

sayu hati selepas membaca sebuah perbualan ringkas daripada sebuah status fb seorang teman. komentar ringkas dan padat tetapi cukup bermakna buat diri.

alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi atas limpah dan kurniaNya kerana dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang insyaAllah ikhlas saling ingat mengingati keranaMu.

semoga sahaja aku juga mampu untuk menjadi sahabat yang baik juga buat mereka. masih segar diingatan, pesan guru , antara golongan yang mendapat perlindungan di bawah arasy ketika di padang masyar nanti ialah dua orang lelaki<sesama perempuan juga termasuk> yang membina persahabatannya kerana Allah.<ada 7 golongan semuanya><hadith asal sudah tidak berapa ingat, tetapi ianya dari riwayat muslim, mohon betulkan jika saya khilaf>

Kebanyakan orang merasa kenikmatan bersahabat dikecapi dengan memperolehi kepentingan–kepentingan tertentu. Oleh itu kita mendapati kadang-kadang demi menjaga tali persahabatan yang terselindung di sebaliknya kepentingan lain, sahabat yang terus bergelumang dengan maksiat dan dosa dibiarkan begitu sahaja .Ada kalanya timbul keadaan dulu kawan sekarang lawan disebabkan kepentingan dirinya telah diraih setelah memerahnya dari sahabatnya. Persahabatan kita sebenarnya sedang diuji oleh Allah.

anda tahu siapa anda.
Semoga Allah merahmati segala perbuatan dan amal baik kita.

No comments:

Post a Comment