Thursday, March 20, 2014

aku lapar.aku dahaga.suaplah apa sahaja.

dahagakan berita. laparkan informasi.
walau sedahaga mana, walau selapar mana.
bukan semua 'benda' kita boleh telan.
darurat???

hatta dalam darurat sekalipun, masih tidak boleh sapu semua.
takut-takut menjadi mudharat yang lebih parah.
dunia ini tidak terhad hanya kepada warna hitam dan putih.
masih terlalu banyak variasi di dalam kelabu.

lantai penuh debu.
sebelum melangkah harus dibersihkan dahulu.
dalam proses itu, akan ada banyak debu-debu tadi yang akan beterbangan .
mengaburi penglihatan. menyesakkan pernafasan. mengotorkan pakaian.
mungkin sahaja empunya diri berputus asa setengah jalan.
kerja membesihkan debu itu kelihatannya amat rumit sekali.

ah! persetan itu semua.
harung sahaja lantai yang penuh debu itu.
lalu empunyai diri yang mengharung lantai berdebu itu tadi pun menyebarkan pula debu-debu tadi ke tempat yang masih belum berpalit noda.

mampukah kita menyelak tabir di sebalik kata?
merungkai rahsia di sebaliknya....

No comments:

Post a Comment